MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Monday, August 31, 2009

Proses potong baju


Bila dah habis melakar pola baju , pesak , kekek , lengan ke atas kain , saya check dulu takut silap atau ada bahagian yang tertinggal tak di lukis pulak . Ukuran polar saya ni memang saya dah masukkan basi atau seam allowance , jangan ikut cara saya ni . Hanya saya yang faham teknik macam ni , cara yang betul basi mesti la dilukis supaya bila jahit nanti senang .

Saya potong dulu bahagian tepi yang ada cop nama kain ni sebelum saya mula nak potong bahagian lain.


Saya mula potong bahagian baju dulu , saya ni memang dah selesa buat kerja kat lantai atas carpet , kalau penat boleh baring golek-golek dulu hehee...

Lagi pun kalau bentang kain atas meja licin la , lain la kalau ada meja untuk memotong kain yang khas , selalunya meja untuk potong kain siap dibalut dengan sponge dan kain belacu supaya pemukaan menjadi kesat so memudahkan proses melakar pola dan potong kain nanti .


Potong kekek


Potong pesak

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .