MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Saturday, May 29, 2010

WARNA-WARNI


Cantikkan warna benang-benang ni dan semuanya untuk kraf felt . Feltnya dah lama saya beli tapi saya masih tak buat-buat lagi bila saya dapat beli benangnya baru la best nak mula .

Saya tengok sekarang ni ramai betul peminat kraf felt ni dan memang bagus la macam tu terisi la masa lapang kita semua dengan aktiviti kreatif ini . Pada pendapat saya , seeloknya kita ada hobi untuk kita buat bagi hilangkan rasa bosan , lesu atau stress dan saya rasa bila kita libatkan diri kita dengan hobi kreatif minda kita akan sentiasa aktif untuk memikirkan macam-macam idea yang tak memenatkan malah buat kita happy dan bersemangat . Selain tu kita akan dapat kepuasan yang maksimum serta diri kita pun bangga dengan hasil kraf yang kita buat sendiri ini . Cuba la...

Deretan bola benang , love the colors...



Saya pun baru beli gunting ni kecil je tapi tajam dan sangat la sesuai untuk aktiviti kraf felt ni sebab hujungnya runcing . Nanti banyak juga felt yang saya nak potong , bestnya macam-macam idea ni yang saya dah rancang untuk saya guna felt ni . So selamat berkraftangan dan menjahit serta bercuti hujung minggu...

8 comments:

  1. waa....gud2.....saya jarang guna felt....sebab macam mahal sikit kan.....klu ada permintaan baru guna.....hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam, boleh saya tahu benang apa ni? benang embroidery ke?

    ReplyDelete
  3. nannie beli kt mana benang 2?benang dmc ke?

    ReplyDelete
  4. to mama nuriel ,
    ye la felt mahal juga tapi teringin juga saya nak cuba untuk anak-anak ni n kalau ada tempahan la

    ReplyDelete
  5. ciknab,

    ya la kot benang embroidey atau benang crochet bukan dmc benang cap apa tak tau la hehe

    ReplyDelete
  6. sultana ,
    saya beli di kedai jahit biasa saja benang ni rasanya benang crochet

    ReplyDelete
  7. Kak Nannie, kenapa guna benang crochet ya? Benang biasa tak leh ke? saya pun baru je mula buat felt craft ni untuk anak saya. Tapi guna benang biasa je. Guna benang crochet lagi cantik ke hasilnya?? Kalau ye nak le beli ehehehe

    ReplyDelete
  8. kalau tak de benang crochet pakai benang sulam biasa pun boleh tapi benang crochert mmg lagi cantik dan kemas hasil jahitannya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .