MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Friday, June 26, 2009

BALIK KE KEDAH


Minggu lepas semasa balik ke utara , saya sekeluarga dengan keluarga abang serta keluarga kakak sempat pulang ke Jitra untuk melawat pusara mak , dah lama saya tak melawat pusara mak. Kami sempat juga melawat ke rumah lama arwah abah , tempat kami semua membesar di Taman Jitra , arwah abah dah lama jual rumah ni . Banyak sangat nostalgia saya di rumah ini , saya membesar di rumah ini la. Kami hanya singgah kejap je saya sempat ambil beberapa keping gambar dan dapat lihat kawasan rumah dari luar saja.

Rumah ini masih elok keadaannya dan tuan rumah baru dah renovate serta cat baru. Rumah arwah abah ni dulu penuh dengan pokok buah-buahan yang di tanam di sekeliling dan kawsan belakang rumah , memang suasana rumah ini dulu sejuk dan redup saja . Rumah jiran yang juga kawan lama saya pun masih dalam keadaan elok , tapi kami tak singgah pun sebab nak cepat pergi ke pusara mak pula.



Ini la bekas rumah arwah abah , saya tinggal disini sampai tahun 1990 sebelum sambung belajar di Shah Alam , kenangan lama mengusik jiwa. Teringat saya masa tahun 1989 semasa banjir besar yang melanda Jitra nasib baik rumah abah dan jiran sebelah - menyebelah air naik hanya sampai buku lali saja, syukur la . Banyak sangat kenangan suka dan duka di rumah ni.......


Kami kemudian melawat pusara arwah mak.


Kami sempat juga pergi ke sungai yang terletak di kawasan berhampiran rumah arwah abah , masa saya berumur 5-6 tahun tahun ( 1977 - 79 ) di sungai ni la saya mandi , abang saya dan kakak yang masing-masing masa tu berumur 13 dan 15 selalu datang ke sini dan bawa saya sama , sekarang keroh betul warna air sungai ni , 31 tahun dulu sungai ni luas dan bersih airnya , abang saya la yang terror mandi di sini dengan kawan-kawan dia , saya masa tu kecil sangat hanya ikut dan main air saja.



Ini pula menara kubu masa zaman perang Jepun / komunis dulu kat Tandop , tempat saya selalu lalu kalau nak ke rumah kawan sekolah yang tinggal di Jabatan Perikanan Air Tawar dekat kawasan berhampiran . Sekarang ni Tandop dah jadi kawasan taman rekriasi , dulu saya ada singgah dengan kawan-kawan untuk bergambar . Kawasan Jitra dan Taman Jitra sudah banyak berubah dan dah banyak pembangunan untuk majukan Jitra , walaupun macam mana saya masih rindukan Jitra yang lama , tempat saya membesar dan bersekolah dulu .

6 comments:

  1. Hi nannie,

    La.. you pernah tinggal di Jitra.. kampung I sebelah arwah mak pun di Jitra... Kg Pdg Tok Kesop... ala.. belakang Pekan Jitra 2 tu..

    My sedara mara all over Jitra tu... My close cousin tinggal di Taman Pasu... kalau u tau lah tempat tu..

    Tahun 1989... seperti you cakap banjir besar kat Jitra... betul, masa tu kami sekeluarga tinggal di Jitra... Taman Rasa Sayang, belakang SMJ.. masa tu cuti semester ITM (skrg UITM), air naik and we all berkemas-kemas balik kampung Tok kesop... rumah kampung kan tinggi... air tak masuk rumah...

    Alamak... sorrylah pjg menjela2 pulak...

    ReplyDelete
  2. Salam Nanie

    Rupa2nya nanie asal Taman jitra ka...saya pun orang jitra, kg sg baru belakang taman jitra...tengok pada rumah lama nanie..memang familiar sgt. Arwah wan saya Hj Hanafiah, la ni mak ayah tinggal di situ. Setiap kali raya , saya mesti balik Jitra

    ReplyDelete
  3. nurain pun org jitra jugak ka...heheheheheh ketemu org kampung di sini rupanya
    kampung tok kesop tu kampung sebelah ayah saya

    memang tahun 1989 tu banjir besar, rumah saya sekerat pinggang air naik...masa tu saya baru nak melapor kerja di langkawi..minta tangguh seminggu nak tolong mak cuci rumah..

    ReplyDelete
  4. Ya , Nurain saya pernah tinggal di Jitra lama masa kecil tahun 73-79 tapi lepas tu pindah banyak kali juga sebab abah saya kerja kastam .Masa tahun 84 balik tinggal kejap di JItra lepas tu pindah balik dan form 4-5 saya balik semula ke JItra ,rumah abah saya ni n0.16 , lorong kenanga , kira lorong last sekali la sebelum ada kampung dan boleh tembus ke Tandop/sungai .
    Taman Pasu saya tau sebab dulu sekolah, rendah kat sekolah kebangsaan ahmad tajuddin kat area situ la juga. Kpg pdg tok Kesop tu saya tak tau la.
    Saya tau Taman Rasa Sayang sebab ada kawan tinggal di situ , kenal tak Syairah tapi masa tu Nurain dah masuk UITm kira senior saya la kena panggil Kakak Nurain ni.
    Rupanya kita sekampung , tak sangka ya...

    ReplyDelete
  5. To Kak Zuwaidah , kira dulu kita sekampung memang belakang taman Jitra ada kampung dan rumah abah saya ni deret rumah yg last sekali lorong kenanga , lepas tu ada kampung dan ada jalan kecil yang boleh tembus sampai ke sungai belakang tu saya selalu juga guna jalan kecil ni kalau nak ke rumah kawan.Rumah arwah abah saya ni dulu tembok pagar dulu memang batu-bata warna oren/merah. Kereta bapa saya dulu ford escord warna merah , nama arwah abah saya Hj.Hussin Ali pencen kastam ,panjang pulak cerita saya . Arwah tok akak nama Hj Hanafiah mcm pernah dengar tapi saya masa tu teenages bukannya kenal sgt dengan penduduk kat situ tapi kalau yg sebaya gan saya mungkin saya kenal heheee

    ReplyDelete
  6. The picture you have taken of the tandop...is so beautiful. When you go back to all the places that you have not been for many years, everything looks so different and so small. Certain places that I went, like my Convent school in Alor Star, they all look so old, drappy and I couldn't believe I pass the school gate for many many years...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .