Saya siapkan semua projek t-shirt , jahit pelan-pelan sambil buat kerja lain juga. Bila menjahit tu rasa sekejap je masa berlalu , lepas ni boleh la sambung balik projek gaun smocking saya.
Dah siap dan tergantung dalam lemari baju hehehe....
Masa saya sibuk menjahit rupa-rupanya Adam pun sibuk juga patut la dia senyap saja.Selalunya dia mesti datang kat saya dan bising suruh melayan dia pulak. Bila menjahit saya mesti perhatikan Adam juga so kiranya menjahit stop kejap , tengok apa Adam buat dan sambung balik menjahit .
Kali ni bila saya tengok apa dia buat rupa-rupanya Adam tengah sibuk memunggah pampers dia... ish ish...hehehee... tak jadi marah saya...toodler besar ni memang semua benda /perkara nak di explorenya..cuma Adam ni memang agak lasak dari kakak-kakak dia..
Salam perkenalan kak nannie. Ja singgah ke sini selepas kak ezza drop url kakak dlm blog saya. Bila dah masuk sini, barulah nampak & faham lebih jelas tentang seni jahit menjahit. Saya budak baru belajar, klu salah tolonglah tunjukkan. ;-)
ReplyDeleteps- will visit here often. Tx.
wlkslam , slam perkenalan kembali pada Jabishah , bagus la datang la lagi...boleh insyallah mana yg akak tahu la..
ReplyDeletekah kah kah...
ReplyDeletemacam anak aku daaa....mengemas....
Nannie,
ReplyDeleteBaguslah buat extension t-shirt ni. Ingat nak buat camtu jugak. Thanks for the idea. Kain yang nannie beli tu jenis t-shirt ker? Tak tahulah kain gingham tu camner.Hari ini nak pergi Kamdar. untuk sehelai t-shirt, berapa meter cukup?
Hye Syawal ,
ReplyDeletesama la anak kita ni ya rajin tolong mak dia berkemas hehehheee...
To kak Lezah ,
ReplyDeleteKain untuk buat extension ni saya guna sikit ja ... tapi kalau pegi beli kain kat kedai kain mmg minimum 1 meter kena beli.
So , saya beli 1 meter kain untuk 1 helai t-shirt , kain jenis cotton tetrone je bukan jenis t-shirt...