MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Tuesday, June 16, 2009

SUKA NYA HATI

Ini la sebenarnya projek saya dengan kain-kain bercorak gingham dan stripe tu..saya tambahkan extension pada lengan t - shirt saya yang semuanya short sleeve ni hehehe..ok la kan projek saya kali ni. Sebelum ni kalau pakai semua t-shirt ni saya kena pakai sarung tangan yang panjang , so sekarang tak payah dah... seronoknya...
Jadi pada saya cara paling senang ialah saya tambah je lengan t-shirt saya ni dengan kain lain bagi jadi panjang sampai le ke pegelangan tangan , selesai sudah masalah ku ni heheheee.. . Semua t-shirt ni saya beli awal tahun hari tu kira dah lama la juga . Saya memang suka pakai t-shirt sebab ringkas serta tak payah nak kena iron dulu hehee.. , kalau pakai blouse kain cotton memang kena iron dan bab nak iron baju ni pun kadang-kadang ikut pada kerajinan diri ...kalau kena time malas tak payah le. So alternatifnya ialah sarung je t-shirt , seluar jeans dan tudung , dah cukup...jom kita keluar jalan-jalan..

Anak saya cakap kain corak gingham ni macam corak uniform tadika dia tapi bila t-shirt ni dah siap jahit dia cakap comel sangat hehehe , ok la kan . Kalau saya pilih kain yang banyak corak pun pada saya nampak macam sibuk sangat dan kalau pilih kain plain pun ok la tapi saya memang suka corak kain gingham dan stripe hehee...

Gambar kat atas ni ialah bahagian extension lengan yang sudah dijahit dan hujung cuff yang saya sudah gatherskan..


Taraa.... dah siap pun pipping pada hujung lengan , saya guna kain yang sama juga untuk pippingnya.


2 t-shirt ni saja saya gantung bersama , nak tunjukkan t- shirt yang belum di jahit extension dengan yang dah siap.


Sukanya hati saya ni bila saya dapat juga siap jahit lengan baru t-shirt saya ni sebabnya , selesai la sudah masalah saya . Pada saya dah cantik benar rupa t-shirt baru saya ni hehehehe ok la kan. Saya nak sambung jahit la pulak sebab ada lagi 3 helai t-shirt saya ni nak kena sambung extensionnya .... ok la happy sewing....

9 comments:

  1. wahhhh...projek yg bagus ni...selain dr membeli stokin utk lengan tu elok juga buat extention mcm ni..tak payah nak sarung2 stokin lengan...(agak leceh sebenarnya) hehehhe...agaknya lepas ni semua tshirt sy 'berextention'..

    ReplyDelete
  2. good idea...kak nanie...saya pun suka corak gingham dan stripe.....ni gara2 dok keje design dan tenun corak begitu masa belajor dulu la...ha ha

    akak dan hubby tentu banyak ideakan bcoz 2-2 student fashion...

    ReplyDelete
  3. Hi Nannie,

    seronok mengikuti blog nannie... especially projek smocking...

    saya terjumpa blog nannie melalui blog Kak Jun. Belajar deco cupcakes dgn kak jun 2 bln lepas.

    ReplyDelete
  4. Salam Nannie...

    Very creative and innovative... :)

    ReplyDelete
  5. besnya...hmm salam kenal...saya suka la bolg kak nannie..nih..saya pon tengah blaja smocking....

    ReplyDelete
  6. Betul tu Gaban senang cerita tak payah dah pakai sarung tangan....

    Hi Fawa , ye la idea memudahkan diri hehehe..

    Nurain , ooo belajar cupcake gan kak Jun bestkan datang la lagi blog saya ni hehehe...

    Thanks Fizan ok la kan...

    Thanks Erpha , simple je...

    Salam kenal untuk Diesha , thanks la kalau suka blog akak ni hehehe haa bagus la kalau belajar menjahit smocking bestkan

    ReplyDelete
  7. Kak Nanie, memang bagus idea ni!! Lepas ni Fasha boleh buat untuk mak Fasha!! Tapi masalahnya kan, mesin jahit tak sampai2 lagi!! heeheh. Kena belajar dgn akak ni!!Tak sabar!!

    ReplyDelete
  8. awesome ... good ideas .... boleh la sy try wat kat t-shirt ... lps nie settle problem nak cari baju panjang bila antar kids sek ... thanks akak ..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .