MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Friday, June 26, 2009

SEKOLAH MENENGAH PULAU NYIOR , JITRA.


Semasa balik ke Jitra , saya sempat juga melawat sekolah lama saya ni , last saya pergi sekolah ni pada tahun 1991 , dah lama betul tu. Saya memang dah lama sangat teringin nak melawat sekolah lama saya ni , bila dah pergi pada minggu lepas , saya ambil banyak betul gambar untuk disimpan buat kenangan. Sekolah lama saya ni dah banyak berubah dan di cat baru serta banyak bangunan baru di bina.


Saya pernah bersekolah di sini pada tahun 1988-89 dalam tingkatan 4 Sastera 1 dan 5 Sastera 1 , teringin juga nak contact kawan-kawan lama tapi dah tak tau di mana semua kawan sekelas saya dulu , cuma dengan best friend saya yang still keep in touch , cari dalam FB pun tak jumpa.. kalau dapat jumpa dan buat re-union mesti best sangat.


Kaki lima menuju ke kelas lama saya masa form 5 , dah cantik lawa dengan warna cat yang pelbagai meriah betul..


Saya naik ke atas untuk melawat kelas lama saya , ini gambar dalam kelas dan di mana saya duduk dulu berhampiran tingkap , tapi masa saya pegi last week mana dah pegi semua kerusi dan bangku ??... mungkin dah di angkat ke dewan atau tempat lain kot ??

Banyak betul kenangan manis dalam kelas ni , bila ingat balik memang gelak besar . Ada sekali tu masa waktu rehat saya dan geng saya yang seramai 7 orang makan buah mangga cicah dengan garam belacan dalam kelas ni uish... sedap betul...nasib la masa tu tak da undang-undang tak boleh berada di kelas waktu rehat kalau tak mau kami kena denda hehee...

Cikgu kelas saya nama dia Cikgu Noraini , dia ajar kami Matematik , cikgu yang sangat baik dan kelakar sangat hehee...ramai lagi cikgu yang saya ingat rupa tapi dah lupa nama... teringin sangat nak jumpa mereka semula .
Insyallah saya akan balik lagi ke Jitra dalam masa terdekat ni sebelum bulan puasa dan spend more time there too..baru la best.



Anak sulung saya , Aisyah bergambar di depan kelas saya masa di tingkatan 4 Sastera 1 , Aisyah seronok sangat dapat peluang melawat sekolah mama dia dan saya sendiri tak sangka dapat bawa suami dan anak-anak melawat sekolah lama saya ni .

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .