MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Friday, June 26, 2009

LAKSA TELUK KECAI

Semasa kami di Alor Setar , abang saya sempat bawa kami semua merasa laksa Teluk Kechai yang famous sangat tu , memang sedappppp.... sangat..ish susah la nak jumpa laksa sedap macam ni kat area KL dan sekitarnya .
Pemandangan yang saya rindu sangat , pemandangan sawah padi . Dulu masa tinggal di Taman Jitra , kawasan sekitar perumahan ni masih kampung dan ada sawah padi yang agak luas . Saya masa tu berumur dalam 5-6 tahun dan kadang-kadang curi-curi pergi main di kawasan sawah padi ni dengan kawan-kawan , bila nak balik rumah kami akan pasti kan kaki bersih dari selut atau kekotoran sebab takut kena marah dengan mak masing-masing. Masa tu saya suka sangat ke sawah padi sebab ada tali air yang kecil dan airnya jernih sangat. Saya serta kawan-kawan nak tangkap ikan laga sawah dan ikan-ikan kecil lain , kami akan simpan ikan -ikan laga ni dalam botol sos dan kumpul sebanyak yang mungkin , masa kecil dulu tu je la permainan yang seronok sangat pada saya , selain ada lagi permainan tradisional lain yang best juga .

Ketika tu saya kecil lagi dan heran sangat kenapa la mak saya tak bagi saya main kat sawah padi , bila dah besar sikit baru la faham sebenarnya arwah mak takut perkara tak baik berlaku pada saya . Bila habis musim menuai, saya dan kawan-kawan seronok main , baring , melompat atas jerami pokok padi pulak yang dah kering serta menimbun tinggi di tengah relung sawah yang dah kering kontang , hehehee memang best seronok betul bila ingat kehidupan masa saya kecil di Jitra dulu.

Bersebelahan dengan kawasan sawah padi ni ada seorang pakcik ni yang ada kebun pokok tebu , saya suka sangat pergi rumah dia dan beli tebu , zaman dulu sebatang tebu harganya hanya la 5 sen , saya bawa balik ke rumah dan arwah mak akan kupaskan kulit tebu dan saya suka sangat hisap isi tebu yang manis medu tu .

La ni kawasan sawah tu dah jadi perumah Taman Jitra Permai dan suasana di persekitaran rumag arwah abah saya ni pun dah agak panas. Kalau saya nak cerita la pengalaman saya masa kecil hidup di Jitra memang lagi panjang la post saya ni hehehee...baik saya berenti takat ni saja...


Di restoran Laksa Teluk Kechai ni ada juga di jual pulut dengan serunding ikan , makanan biasa bagi penduduk Kedah. Memang sedap..


Laksa Teluk Kechai yang sedap sangat dan famous tu... . Sapa-sapa kalau pegi ke Alor Setar mesti makan laksa ni tapi saya pun tak ingat macam mana pergi ke restoran ni sebab abang saya yang bawa kami hari tu ...


Ini pula lunch saya , laksa lemak Thailand ...hmmmm sedap.

7 comments:

  1. kak nani oghang kedah upernya...ishh baqhu cik tau...

    ishhh teringat pulut sambai jiran saya dulu...haqi2 makan tak jemu tp sejak dah p dok merata ni tak jumpa dah pulut sambai lagu tu...

    ReplyDelete
  2. tu diaaaaa masuk sini jumpa org kampung hehehehehhe.....
    sedapkan laksa telok kecai tu..yg bestnya sambal nyiur taruh ataih laksa tu...ulam pucuk janggus..hmmmmmm sedap banget

    nanti raya, mai la singgah rumah kami...rumah kami sama tak ada taman permai tu...memang sawah padi mcm nani cakap tu...la ni kan dah ada segala mcm taman....mai la nanti yaaaa

    ReplyDelete
  3. Ya Fawa kira boleh jadi org Kedahla kot walaupun pernah duduk banyak tempat sebab abah akak dulu Kastam so kami selalu pindah randah.Hmm memang sedap pulut sambai gan serunding yum yum

    ReplyDelete
  4. Kak Zuwaidah selalu balik Jitra ka Lani bestnya , semuanya jadi kenangan saja la untuk saya sekarang ni.Memang sedpa laksa teluk Kecai ni sebab sambal nyior dia tu hmmm....Insyallah kalau saya balik utara rumah abang kat Penang saya pi jalan sana sebab kawan baik dok sana la ni mgkin boleh singgah rumah kak Zuwaidah sekali , apa pun nanti kita contact balik hehehe...

    ReplyDelete
  5. Nannie, sedap pulut dengan serunding ikan tu. lamanya tak makan. memang tak jumpa kat tempat lain. Pergh... teringin plak nak makan. hehhe.
    Yati sekolah rendah asma kat alor setar dulu. :)

    ReplyDelete
  6. Ha memang sedap , Yati sekolah kat Sekolah Menegah Sultanah Asma ya...tu sekolah pelajar yang cerdik pandai tu...

    ReplyDelete
  7. mmg sedap,mak teh kalau blk kg mesti pi makan laksa kat sini,tidak pun ke kola peghelih.salam.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .