MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Friday, June 12, 2009

PAGI & PETANG DI KL...

Saya plan nak ke KL pada hari Rabu lepas tapi kurang pasti nak ke mana bawa anak-anak ni berjalan sama ada nak ke Kompleks Kraf Jalan Conlay , Muzium , Zoo tapi sekarang ni cuaca agak panas tak sesuai la . So , saya tanya Aisyah dan terus dia senyum dan cakap ..
" Jom mama kita gi KLCC , dah lama tak pegi sana..."
Adlina yang kurang pasti apa tu KLCC pun menyampuk juga..
" Lina pun nak pegi KLCC.."
Haaa ok juga tu kami pun dah lama juga tak pegi KLCC , saya ada juga terfikirkan KLCC so ok kami akan ke sana tempat yang sangat menarik . Selalunya kalau saya nak berjalan ke KL pada tengah minggu saya akan ikut suami ke tempat kerja dia dan suami akan hantar saya ke stesen LRT berdekatan dengan office dia untuk kami pergi ke KL . Kalau nak tunggu hujung minggu nak ke KL memang lambat lagi , selalunya ada saja program lain bila tiba hari Sabtu dan Ahad.
So , malam Selasa lepas saya dah ready kan semua barang yang nak di bawa sama pada pagi Rabu nanti macam barang-barang Adam dan sebagainya . Pagi-pagi lagi kami keluar ikut suami ke tempat kerja dia , dalam pukul 7 .15 pagi kami sampai dan saya terus bawa anak-anak breakfast dulu. Dah kenyang kami releks kejap kat library di office suami , pukul 9 .00 pagi suami nak ke head quarters office jadi dia boleh hantar kami terus ke KLCC. Anak-anak bila dengar saja dah nak pegi terus seronok sangat la . Suami drop kami betul-betul depan KLCC walaupun baru nak pukul 9.30 pagi tapi orang dah ramai , ye la kat situ kan memang pejabat so ramai la orang keluar masuk bangunan KLCC.

Kami baru sampai , terus saja saya ambil gambar anak-anak depan entrance KLCC , dulu datang Adam still baby , dia baru berumur 6 bulan. Aisyah dah tak sabar-sabar nak pergi Petrosains dan naik jambatan udara .

Bangunan berkembar KLCC yang sangat menawan dan unik sangat. Sayup mata memandang , kalau saya ada camera SLR la mesti best boleh tangkap gambar dari pelbagai sisi yang lebih menarik.
Btw , kami tak dapat nak naik ke jambatan udara kerana tiada lift untuk ke tingkat LGF , saya bawa Adam dalam stroller jadi susah la kalau nak turun ke LGF guna ascolator , bila tanya lif kat polis yang jaga dia kata susah nak switch on lif tu hmmm ok la tak da rezeki anak-anak saya kesian ..lain kali kita datang dengan abah , lebih senang sebab abah bawa stroller dan mama dukung Adam turun ascolator tu.
Bila dah masuk ke dalam KLCC , kami terus ke Petrosains , sampai je tengok orang punya la ramai . Ada rombongan sekolah dan sebab cuti sekolah ramai parents yang bawa anak-anak ke Petrosains ni . So , kami tak jadi masuk ke Petrosains dan tak pa la nanti kami akan datang lain kali.


Bila tak dapat naik ke jambatan udara dan pergi ke Petrosains , saya terus bawa anak-anak ke kedai buku Kinokuniya , kedai ni memang favorite kami sekeluarga , kalau datang ke KLCC mesti pegi ke kedai ni dulu sebabnya terdapat terlalu banyak buku yang best-best , Tapi bila saya pegi ke rak buku craft and hobby semua bukunya dah di balut so tengok cover dan kulit belakang saja la...nak buat macam mana nasib la tapi kat bahagian buku childrens masih ada buku yang boleh di baca. Buku-buku ni di bungkus sebab mudah rosak , nanti macam mana nak di beli oleh pelanggan lain.
Anak - anak saya pun terus la relek dan baca buku yang mereka suka. Leka betul anak-anak saya belek buku yang mereka suka. Pukul 12.30 tengahari saya ajak anak-anak ke food court untuk lunch , kalau nak makan lunch kat KLCC waktu week days ni kena cepat sebab bila pukul 1 tengahari saja ramai orang dari bangunan sekitar datang untuk lunch nanti susah nak dapat tempat duduk dan nak beli makanan pun lama sebab Q panjang juga.

Pukul 2 petang saya bawa anak-anak ke Jalan Tunku Abdul Rahman pula sebab nak cari benang DMC untuk smocking saya sambil tu saya jalan-jalan la ke Kamdar dan Gulati`s. Kat kedai kain ni saya tak beli apa pun , lepas tu kami terus ke Sogo yang tengah ada sales hmmm memang best saya beli baju tidur dan baju basahan untuk Adam pakai di rumah . Saya bawa anak -anak ke GF Sogo untuk tea dan tunggu je suami datang ambil kami pada pukul 4.30 ptg . Itu la aktiviti saya pada hari Rabu , anak-anak happy saya pun happy juga.....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .