Semenjak hari Jumaat sampai la semalam saya memang berjalan saja , pegi melawat anak sedara yang baru bersalin , semalam saya sekeluarga pegi berkelah dengan keluarga kakak dan abang saya ke Sg. Gabai memang best nanti la saya masukkan gambar kat post yang akan datang. So , memang saya tak sempat nak menjahit pun smocking saya tu..tak pa la besok routine menjahit saya akan macam biasa balik... saya dok pandang je kain yang saya dah pleats tu tapi tak dapat nak jahit lagi. Pada saya weekend ada la masa untuk saya dan suami bawa anak-anak berjalan dan berkumpul dengan family members yang lain.
Kali ni saya nak kongsi cerita tentang makan malam kami di restoran Ikan Bakar Muara di Tanjung Harapan , Port Kelang. Suami bawa kami sekeluarga ke sana untuk celebrate Anniversary wedding kami yang ke-12 , ok juga tempatnya . Saya nak cari meja yang terletak betul di atas jeti mengadap laut tapi dah penuh. Ramai betul orang kira full house la....so lepas saya mencari- cari tempat yang sesuai untuk kami nak lepak akhirnya saya dapat la meja kat area tengah sikit tapi berbumbung dah selesa. Suami suka duduk bawah tempat berbumbung , dia kata terlindung kalau hujan tak susah nanti.
Nak makan seafoods apa saja jenis semuanya ada di sini cuma kerang dan sesiput jenis lain je yang tak ada. Kat sini ada satu area yang pelbagai jenis ikan , sotong , udang yang dipamerkan dan pelanggan boleh pilih sendiri seafoods dan berapa banyak kuantiti yang kita nak . Lepas di timbang semua sea foods ni pekerjanya akan tanya apa resepi yg kita nak seafoods ni di masak, dia akan bagi kertas macam resit dan kita tunggu di meja nanti pelayan akan bawa semua makanan yang dah siap di masak... hmmm memang sedap..
Saya dan keluarga menunggu di meja makan , boleh nampak kan suasana di restoran ni yang besar dan ramai betul orang , tempatnya selesa. Ramai pelanggan yang datang dengan keluarga atau saudara mara dan ada yang datang untuk sambut birthday siap bawa kek lagi.
Adlina dan Aisyah posing di area tempat meja tak berbumbung macam jeti dan kat bawah boleh nampak air laut. Cantik pemandangan di sini tapi tak ada meja kosong , maybe next time kami datang lebih awal , yang best kat sini ada surau yang selesa dan toilet yang bersih kiranya memang sesuai untuk bawa family releks sebab semua kemudahaan ada....
Lepas tunggu dalam 30 minit semua sea foods yang saya pilih dengan menu yang saya dan keluarga nak makan sampai , sedap cara chef nya masak dan harga makanan kat restoran ni pun sederhana dan berbaloi. Lain kali saya nak datang lagi dengan ahli keluarga yang lain , saya nak ajak kakak dan abang saya ke sini mesti lebih meriah...
wahh saya penah makan di sini....ikan dia perghhh!! mmg sedap.....
ReplyDeleteMemang sedap maskan di restoran ni ..ikan 3 rasanya mmg best..
ReplyDelete