MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Saturday, April 24, 2010

KANVAS 2 HAND


Pintu lif terbuka dan cleaner menarik keluar kanvas ni dari dalam lif dengan almari buruk yang nak dibuang . Kanvas ni tersangatlah menarik perhatian saya ni dan saya terus belek canvas yang masih dalam keadaan ok cuma di bucunya sedikit berbulu . Memang dah lama juga saya terpikir nak beli kanvas di kedai art supplier di Petaling Street cuma masih tak ada peluang nak ke sana .

Saya tanya lagi cleaner betul ke canvas ni nak dibuang bila dah confirm betul saya pun minta la dari cleaner tu . Best juga ni dapat canvas free boleh la buat painting yang dah lama saya teringin nak hasilkan . Sekarang ni saya perlukan mood serta masa yang sesuai saja untuk nak buat projek catan ni bab idea memang saya dah ada...


Pemukaannya kanvas ni rata sebab catan ni dihasilkan mengunakan digital printing menarik juga catan abstract ni tapi tak sesuai la dengan deco rumah saya . Saiz canvas ni 4" x 4" memang besar hmm rezeki rezeki...



Bahagian belakang canvas , stapler pun dah nak berkarat mesti dah lama tuan lamanya simpan catan ni . Kadang-kadang tu saya terfikir juga siapa pemilik awal barang-barang 2 hand atau pinggan mangkuk antik yang saya kumpul ni .

Kalau nak beli canvas baru saiz sebesar ni memang mahal memang rezeki saya la dapat jumpa yang 2 hand ni jimat belanja . Kalau nak rentang sendiri canvas memang boleh tapi kena ada caranya kalau tak mahir tak cantik hasilnya nanti . Saya masih belum pasti nak guna media apa untuk painting ni mungkin cat minyak , akrilik atau hanya lukisan mengunakan charcoal pencil . Mungkin saya boleh buat teknik kolaj , media campuran tapi buat masa ni idea yang saya fikirkan ialah saya nak guna akrilik sebab saya ada simpan cat akrilik dan tema painting ni mesti la bunga-bungaan...

Sebelum nak mula painting ni saya perlu cat semula pemukaan canvas ini dengan cat emulsion untuk tutup painting yang lama ni . Bila cat emulsion dah kering baru la saya boleh mula proses nak mewarna dan bila dah siap nanti saya buat n3 lagi ya..

p/s. palitan warna seribu makna , warna-warna kehidupan.....

2 comments:

  1. salam ziarah,
    wah! rezeki dpt apa yg dicita ni.....tak sabar nak tgk hasilnya. kreatif sungguh nannie ni ya...:))

    ReplyDelete
  2. wlksalam Ana ,

    tu la dalam saya dok plan nak beli walaupun byk kali tertangguh bila pikirkan kesesakan jalan nk ke petaling street tu tiba-tiba dpt kanvas 2 hand ni rezeki betul hehe . Sabar2 ya nak ambil masa juga buat painting ni . Terima kasih hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .