MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Thursday, April 8, 2010

HAPPY DEN HARI NI...


Selamat malam...



Malam-malam macam ni baru best saya menaip untuk buat n3 cuaca pun nyaman je sebab petang tadi hujan lebat juga kat area rumah saya ni . Anak-anak yang besar dah tidur dan Adam pula tengah best nonton tv dengan abah dia . Bila abah balik dari kerja Adam memang tak nampak dah mama dia ni hehehe . Mana abah pegi dia ikut sama la juga dengan Adlina anak saya yang no.2 tu . Bila dengar je bunyi kunci abah dia buka pintu grill semua anak-anak saya terpa ke arah pintu dan Adam dengan Adlina menjerit panggil abah seronok sangat abah dah balik dari kerja .

Hari ni saya dah free dari aktiviti bungkus-membungkus barang-barang kaca . Semua dah bereh , barang-barang dah saya pos dan yang nak saya hantar by hand weekend ni pun dah saya pack hanya tunggu jumpa tuannya saja . Projek smocking strawberry saya pun dah siap oppsss lupa pula saya nak buat entry hmmm nanti la ye . Saya nak buat entry tentang projek terbaru saya ni dulu . Dah tak sabar sebenarnya saya nak mula projek jahit saya ni hehehe ye la dari semalam saya dok jalan-jalan masuk website dan blog jahitan , seronok benar saya tengok hasil jahitan yang dihasil oleh blogger-blogger tu semuanya cun-cun . Berkobar-kobar semangat saya nak menjahit projek saya kali ni hehe....

Apa ye projek saya ni ? kalau pengunjung blog saya ni yang dah biasa menjahit mesti tau projek apa saya nak buat ni . Kain hard cotton yang saya guna ni dah lama saya beli awal tahun hari tu memang saya beli untuk projek jahitan saya ni . Kalau nak tau apa projek jahitan saya kali ni jangan lupa mai singgah blog saya lagi ya besok atau lusa . Projek jahitan yang saya nak buat ni simple je tapi hasilnya hmmmm memang buat anak dara sunti saya si Aisyah seronok sangat maklum la dia dapat melaram dengan hasil jahitan mama dia ni nanti hehehe...

Ok jangan lupa mai blog saya lagi ya kalau nak tengok apa yang saya akan buat dengan kain yang cantik cun ni . Saya stop sampai disini dulu dan saya nak sambung melakar dan potong kain-kain cun ni....so happy sewing ya....

SEWING MAKES ME HAPPY
^_^

pye-pye

4 comments:

  1. Salam...akak tau, akak tau...Nannie nak buat tote bag kan? ...hehehe...

    ReplyDelete
  2. wlksalam kak Azzah8 ,

    Yaaaaa betul pandai akak hehehehe yes saya nak buat totebag bestnya bestnya tunggu ya bila saya dah siap nanti saya buat n3 lagi

    ReplyDelete
  3. mmm...saya pon x sabaq nak tgk jugak ni...

    ReplyDelete
  4. to ann ,

    hehehe hmmmm beg biasa saja yang saya buat ni Ann pun rajin jahit beg jugakan cantik-cantik beg yang Ann buat

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .