MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Wednesday, April 7, 2010

JUMPA KAK INA DI MAHA


Assalamualaikum dan apa khabar ? saya harap semua pengunjung yang sudi singgah blog saya ni dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Dah lama juga saya tak masukkan entry tentang aktiviti hobi saya atau cerita - cerita lain kan . Semenjak minggu lepas saya banyak masukkan n3 dari koleksi puisi-puisi indah yang saya jumpa di internet dan hasil karya kakak saya sendiri . Best je bila baca puisi-puisi ni....

Sabtu lepas saya dapat berjumpa dengan kak Ina KL di Maha , mula tu plan nak jumpa di Amcorp tapi bertukar sebab kak Ina belum pernah pegi ke Maha ni dan saya ok je kat mana pun boleh jumpa dan pasar malam Maha ni pun dekat sangat dengan rumah saya dan kami sekeluarga memang sering ke Maha sebab suasana yang releks dan selalu jadi tempat saya berjumpa kawan-kawan.


Saya mula kenal kak Ina dari blog semenjak tahun sudah lagi sekitar bulan Febuari masa saya baru ada blog . Dari dulu lagi dan sampai sekarang saya selalu masuk blog kak Ina sebab saya suka baca cerita dan ada juga cuba resepi yang ada di dalam blog kak Ina ni . Kalau nak tahu dari blog kak Ina la saya mula minat nak kumpul pinggan mangkuk atau set corak lama . Paling seronok bila baca cerita kak Ina gi hunting dan hasil yang dia dapat dan bila saya sendiri pegi mencari baru la saya rasa sendiri trillnya mencari barang-barang lama ni..

So, Sabtu lepas kami pun dating la di Maha dan saya pun nak bagi barang-barang yang kak Ina beli dari saya , terima kasih ya kak sopping di kedai saya tu . Mula tu kak Ina tak dapat cari jalan tapi akak kita ni memang terror la drive sendiri cari jalan sampai juga ke Maha Serdang ni . So kami sempat sembang-sembang bertanya kabar lepas tu saya bawa kak Ina pegi tinjau-tinjau ke gerai Abang Din , kak Liza dan ke gerai-gerai lain . Bestnya bila berjumpa dengan kawan yang sama minat ni macam-macam perkara hal barang antik yang kami bercerita . To kak Ina , insyallah lain kali kalau ada peluang boleh kita berjumpa lagi ya.

6 comments:

  1. salam kak..
    waduh bestnya jumpa k.ina KL..sy dah jumpa dia 2X tapi x sempat nak sembang &minum pon..kka..cwn kangkong mulut drhaka tuh simpan yer...x taw bila plak nak g Amcorp..sibuk memanjang..

    ReplyDelete
  2. seronokkan jumpa kak ina...tak habis habis sembang, peramah ya amat kak ina...

    ReplyDelete
  3. salam kak nannie, i went to maeps last week and i saw u with kak ina aswell. But i was so maluu and segan nak tegur u >.< he..he..

    ReplyDelete
  4. wlkslam Chemp ,

    Best jumpa kak Ina , ok bila nak bagi tau ya

    ReplyDelete
  5. To Mrs.Nor,

    Memang betul tu kak memang best jumpa kak Ina sebab dia memang peramah tapi kami berdua memang banyak bercakap , sama-sama suka bersembang hehe

    ReplyDelete
  6. Salam Oshin ,

    Kenapa malu jangan la malu akak pun teringin nak jumpa Oshin . Mesti Oshin semanis macam watak drama Oshin yang akak suka sangat tengok dulu ( tahun 1986 uu dah lama tu )Lain kali kalau jumpa lagi tegur ya boleh kita minum-minum dulu sambil makan char kueh tiow abang kelam kabut atau just minum2 ais blended yang sodap kat maha tu hehe

    p/s . Oshin lain kali kalau jumpa akak kt Maha tegur ya hehehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .