MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Tuesday, April 13, 2010

GEDER-GEDER dgn FAMILY..


Salam pagi Selasa...

Selalunya n3 yang saya buat dalam blog saya ni banyak cerita tentang hobi saya je kan so kali ni saya masukkan gambar-gambar saya dan family pegi berkelah dengan keluarga kakak dan abang saya ke Sungai Gabai . Gambar-gambar kami berkelah ni dah lama saya ambil cuma hari ni baru saya nak buat n3 .

Selalu kami adik-beradik buat family gathering bergilir-gilir di rumah masing-masing . Saya dan kakak akan tunggu abang kami dari Penang untuk datang ke KL baru kami plan nak buat apa kadang-kadang tu kami buat BBQ atau hanya lepak je di rumah kakak saya di Nilai atau di rumah saya tapi kali ni kami plan nak pegi berkelah di kawasan air terjun . Sekali-sekala tukar angin pegi berkelah best juga kan bagi peluang kat anak-anak main air . Masa dapat berkumpul bersama adalah sangat berharga pada kami adik-beradik dan yang paling happy mesti la anak-anak saya yang dapat berkumpul dan berjumpa dengan sepupu-sepapat .

Masa kami sampai dah pukul 9 pagi dan dah ramai orang kat Sungai Gabai memang weekend penuh la kawasan perkelahan kat area Hulu Langat ni . Bila dah nak sampai ke Sungai Gabai kami lalu kawasan kampung hmmm best sangat suasana aman damai , nyaman dan pemandangan pun hijau saja .


Dalam gambar ni saya dan family berjalan nak masuk ke kawasan air terjun tapi tak la jauh sangat dari tempat letak kereta . Bila dah jalan ramai-ramai tak la terasa sangat penat berjalan tu . Punya la ramai pengunjung yang dah sampai lagi awal dari kami , lain kali kalau nak pegi ke Sungai Gabai kena lebih awal la untuk dapat parking spot yang lebih dekat dengan air terjun . Kiri-kanan jalan ni pemandangan dusun buah-buahan macam buah durian , cempedak hmm sapa la punya dusun-dusun ni....

Dusun durian , sejuk je pemandangan hijau..cantik..


Bila dah sampai di kawasan air terjun orang punya la ramai habis semua tempat nak lepak dan kami tak dapat cari tempat nak bentang tikar tapi nasib la ada satu family yang duduk di meja yang disediakan kat kawasan berkelah ni nak balik . So kami pun dapat la tempat nak letak barang-barang dan jadi tempat kami lepak dan relek berkelah kat sungai Gabai ni .

Makan time , bila dah bentang tikar kami makan dulu hehe sebab tak sarapan lagi semuanya lapaq . Macam-macam yang kami bawa ada bihun goreng , sandwich , mee goreng , sosej roll dan nasi lemak , teh serta macam-macam lagi la . Sambil makan sambil bersembang cerita tu cerita ini macam-macam la yang kami sembang dari satu topik ke topik lain best dapat berkumpul ramai-ramai macam ni...


Bila dah selesai makan anak-anak sedara saya yang kecil dan yang besar semua dah tak sabar nak mandi termasuk la 2 orang anak-anak saya tu . Kami semua mandi mana boleh tahan tengok air terjun yang best ni . Air memang sejuk best sangat walaupun orang ramai tapi ada je tempat untuk mandi .

Pemandangan air terjun dekat dengan tempat kami semua releks...


Aisyah dengan cousins dan kakak saya melepak punya la lama kat kaki air terjun seronok sangat la tu tapi memang best pun . Mandi-mandi lepas tu naik kejap makan-makan lepas tu turun balik ke dalam kolam air terjun tu je aktiviti yang anak-anak saya dengan sepupu sepapat buat masa berkelah ni , habisss tu apa lagi nak buatkan mandi-manda , makan dan mandi lagi hehe...


Adlina tak berapa berani nak duduk di bawah air terjun dan dia suka main di kolam-kolam kecil . Saya pun tunggu juga dekat tempat dia main air ni sambil bawa Adam mandi tapi Adam tak berapa suka mungkin air sejuk sangat kot . Bila saya panggil Adlina suruh naik dia tak mau sampai mengigil la juga dia mandi dan main air habis kecut-kecut jari dia tapi saya bagi dia main air puas-puas bukan selalu dapat berkelah .

Kami berkelah dari pagi sampai la petang bila dah best berendam dan mandi kat ayaq terjun so it`s time untuk balik la . Walaupun ada juga rasa penat sikit tapi semuanya tak terasa sebab happy dapat berkumpul berkelah spend time together macam ni .

Adam pun seronok la tu dapat all the atenttion dari kakak-kakak dan abang sepupu , Adam ni yang paling bongsu so memang dia manja sangat dengan semua mak/abah sedara dan sepupu sepapat .

Adlina dengan cousin-cousin sedap makan aiskrim , masa ni kami dah nak balik lebih kurang pukul 3 petang . Memang best sangat sekali-sekala dapat pegi berkelah lagi happening bila dapat berkumpul dengan adik-beradik . Makan-makan , mandi ayaq terjun sambil sembang-sembang insyallah kalau ada peluang lagi boleh saya sekeluarga berkumpul berkelah lagi dengan keluarga abang dan kakak saya yang penting pada saya anak-anak happy sangat dapat spend time dengan sepupu sepapat mereka .

ok tu je...bye...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .