MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Wednesday, April 28, 2010

TOASTER COVER


Hari ni baru saya dapat buat n3 baru tentang aktiviti jahitan saya laa . Saya beli toaster baru ni masa sales hari tu sebab yang lama dah pencen . So masa baru beli tu saya buat je toaster cover yang simple dan saya hanya guna kain belacu atau calico . Bila dah siap dan diguna saya tengok toaster cover ni tak menarik la so saya mula lah fikir macam mana nak make-up sikit toaster cover ni bagi sweet gitu .

Ini la rupa toster cover yang simple tu..

So semalam saya menjahit untuk siapkan projek make over toaster cover yang plain ni . Saya teringat kain perca yang saya masih simpan tu dan saya terus dapat idea yang sangat sesuai nak bagi toster cover yang plain ni jadi comei sikit . Saya hanya guna teknik top stitch saja sebab nak cepat siap . Bila dah siap toaster cover ni nampak macam patch work pula ok la tu kan dan saya sangat la suka dengan hasil jahitan saya yang simple ni .


Selepas beberapa jam menjahit ini la rupa toster cover baru saya tu . Saya guna kain perca corak gingham dan rose kecil-kecil .


Bahagian atas toster cover ni hmmm dah comel dah toster saya ni dengan baju barunya dan bila diletak kat dapur saya tu baru la berseri .


Bahagian depan..


Ada lubang kat sebelah tepi ni bagi keluar penolak roti .
SELAMAT MENJAHIT YA...

2 comments:

  1. Salam Kak Nannie...cantiknya hasil kerja tangan akak...kreatif gitu..

    ReplyDelete
  2. wlksalam Nonie ,

    Terima kasih jahit simple je ni

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .