MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Friday, April 9, 2010

TOTE BAG

Semalam sambil nonton tv sempat juga saya potong kain corak beg color pink yang cantik ni . Beg yang siap nanti untuk saya guna , sekali sekala saya nak tukar juga beg baru kalau guna bag yang sama saja boring juga . Pagi tadi saya tak sempat nak jahit lagi sebab kena uruskan hal-hal rumah dulu biasa la nak kena siapkan anak-anak , buat sarapan , kemas rumah , masak untuk lunch , hantar anak & ambil balik dari sekolah , layan Adam , buka tenet (wajib tu hehe) dan urus diri sendiri juga.
Ni saya baru habis lunch dengan anak-anak baru la sempat nak buat entry ni . Bila dah ada mood nak masukkan entry lebih baik saya buat jangan tangguh-tangguh kalau tak berhari-hari la no story pula blog saya ni .

Nak lakar pola beg ni tak la susah sangat ikut pada kreativiti sendiri , saya suka bentuk yang simple dan basic sebab mudah nak dijahit serta cepat disiapkan nanti yang penting jenis kain mesti la sesuai . Saya suka guna hard cotton sebab tahan lasak dan bag boleh diguna lama warna pun tak cepat pudar kalau kotor pun senang nak basuh . Kadang-kadang saya guna juga inter-facing kalau nak bagi beg saya lebih kukuh , untuk hiasan kadang-kadang saya tambah fancy buttons , ribbons atau lace tapi kalau design bag yang casual saya tak guna lace . Kalau saya guna kain yang design english roses baru la saya tambah lace bagi nampak sweet dan feminin lagi...

Saiz bag ni pun saya buat ikut kesesuaian dan besar mana saya nak macam kain ni saya beli semeter je tapi masih cukup untuk saiz bag yang agak besar yang penting kita mesti pandai ukur & draft polar bag dan cara kita potong . So saya memang guna semua kain untuk bahagian lining bag pun saya guna kain yang sama . Cuma untuk poket bahagian dalam bag je saya guna kain corak gigham warna pink macam dalam gambar ni . Nanti bila dah siap saya buatkan n3 lagi ya , saya sendiri pun excited nak jahit ni maklum la nak guna untuk diri sendiri hehe


Kain corak snoppy ni Aisyah yang pilih sendiri , dia tak mau kain corak bunga-bunga yang saya pilih untuk dia . Saya ikut je yang penting Aisyah suka , bentuk beg Aisyah pun sama juga macam saya tapi saya akan buat 2 poket di bahagian dalam beg so lagi mudah untuk Aisyah nak simpan barang-barang sendiri nanti.

Ok sampai disini dulu saya nak sambung jahit bag ni , selamat bercuti hujung minggu untuk semua pengunjung blog saya ni....byeeeee

HAPPY SEWING

4 comments:

  1. salam akak..
    bagi la instruction and measure bua beg nie....

    ReplyDelete
  2. salam akak.. boleh ta kalau akak bagitau ukuran na buat beg ni? teringin sangat na buat sendiri..

    ReplyDelete
  3. Cantikla beg ni, boleh kongsikan cara nak buat... teringin nak buat jugak...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .