MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Friday, April 16, 2010

MY TOTEBAG SI MERAH JAMBU


Selesai la sudah dan siap juga akhirnya totebag saya yang simple ni dan sekarang ni saya memang puas hati serta happy . Lepas ni boleh la saya jahit benda lain pula , sebenarnya banyak projek jahitan yang saya nak buat tapi saya kena slow-slow buat satu persatu .

Sewing makes me happy..

Macam-macam perkara atau aktiviti yang boleh buat kita happykan dan pada saya hobi menjahit memang buat diri saya happy serta rasa puas hati yang teramat sangat bila saya tengok hasil kerja tangan sendiri . Hanya mereka yang sama hobi atau yang suka menjahit atau minat dalam bidang kreatif saja faham perasaan puas hati yang saya maksudkan tu .

Sebenarnya kita boleh belajar teknik menjahit ni tapi yang paling penting kita mesti ada minat yang sangat mendalam . Sama juga dengan bidang seni lukis walaupun kita rasa diri kita tak berbakat / kreatif atau tak gifted dengan kebolehan melukis tapi dengan minat yang mendalam dan latihan yang berulang kali kita buat insyallah semua projek seni yang kita hasilkan akan jadi sangat cantik " practice makes perfect " the more your practice , the better you will become...


Ini la totebag simple si merah jambu , saya punya ni . Besar juga saiz bag yang saya buat ni macam-macam barang la saya boleh simpan dalam bag ni..


Adam pun nak bergambar sama , hai sayang .

Bila saya mula menjahit memang saya akan cuba selesaikan projek saya tu secepat mungkin tapi kadang-kadang tu tak semua projek jahitan boleh dijahit dalam jangka masa yang singkat dan selalunya saya hanya dapat jahit bila semua kerja lain dah siap dulu . Kadang-kadang tu bila mood syok menjahit ni melanda bila saya buat hal lain atau pegi mana pun saya dok pikir projek jahitan yang belum siap atau yang saya baru plan nak buat hmmm nak buat macam mana kan sebab dah hobi menjahit .


Bahagian dalam bag saya yang simple je ni dan lining bag saya guna kain yang sama serta saya buat satu je poket besar ok la tu..


Teknik jahitan zip yang simple untuk opening bag , saya tak ada cara yang tertentu bila nak buat opening pada bag , ikut pada idea yang saya fikir sesuai dan kali ni opening bag saya simple je dan mudah untuk saya jahit serta siapkan dalam jangka masa yang singkat . Me like it so much , . Ok sampai sini dulu ya dan selamat lah bergaya dengan apa saja hasil jahitan yang anda buat , byeeee......

selamat bercoti hujung minggu..

p/s . hmmmm best pulok dengar lagu Ziana Zain ni...

4 comments:

  1. haa..akhirnya. dr semlm duk tunggu nak tgk rupa tote bag akak. comel. suke ngan kain tu. susah gakkan nak dpt hard cotton berwarna ni kan? kak nannie dptkan kat mane yek?

    saya pun cam akak gak. kalo boleh nak siapkan cepat2. kalo tak asik duk teringat jek..

    ReplyDelete
  2. to siti ,

    Ye ke Siti dok tunggu nk tgk totebag akak ni hehehe thanks la simple je bag akak ni . Kain ni akak masa cuti sekolah dulu akak balik ke Penang .Biasa la kita mesti nak cepat siapkan apa yg kita jahit.

    ReplyDelete
  3. salam...i like your artworks!

    dan kebetulan pulak nani ada buat lino prints. mango suka!!

    ReplyDelete
  4. wlksalam mangosteen ,

    thanks ya hmmm lino prints mmg one off my fav tapi sekarang tak sempat nk berkarya la dulu masa still kerja art teacher mmg senang la tools mmg keliling banyak kt art room sekrang susah sikit tapi nannie akan buat balik lino prints ni.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .