Happy birthday sayang..
Hari ni 25 April 2010 adalah birthday yang ke 12 tahun anak sulung saya Nur Aisyah . Pantas betul masa berlalu dan Aisyah semakin meningkat usia dan akan memasuki alam remaja . Saya masih ingat lagi saat kelahiran Aisyah serta pertama kali saya dapat peluk cium dan menatap wajah comel Aisyah . Dalam entry special untuk puteri sulung saya ini saya masukkan banyak gambar Aisyah saat dari dia berumur 4 hari sehingga la awal tahun ini . Saya nak abadikan dalam blog saya ni sebagai kenangan......
Buat Aisyah tersayang , mama doakan hanya yang terbaik untuk puteri sulung mama ini dan semoga Aisyah menjadi seorang muslimah yang solehah serta Aisyah berjaya di dunia dan akhirat . Tahun ni Aisyah akan ambil exam UPSR dan dia berazam untuk dapat result yang sebaik mungkin . Mama doakan Aisyah berjaya tapi mama akan tetap berpuas hati dengan apa saja keputusan yang Aisyah dapat capai selagi Aisyah berusaha bersungguh-sungguh , insyallah semoga doa mama dan abah di makbulkan Allah .
To my beloved sweet Aisyah ~ Abah , mama , adik Adlina and adik Adam love u so much...
Aisyah berumur 4 hari , masa ni musim panas El Nino memang panas sangat sampai Aisyah pun tak selesa dibedung bila saya bedung je dia menangis rumah saya masa tu mana la nak ada air-condition harap pada kipas je . Tengok la tu tidur pun nak mengiring baru dia nak lena hmmm sekejap je kan masa berlalu saya masih teringat masa gambar ni di ambil..
Aisyah berumur 2 bulan masa gambar ni diambil kami balik kampung untuk kemduri akikah . Aisyah memang tak banyak rambut lepas je kena cukur rambut dia tumbuh lebat serta panjang dan kerinting sangat macam spring .
Aisyah berumur 3 bulan dan tengah syok bersembang dengan abah dia la tu mama pun snap la gambar baby comel mama ni . Masa ni Aisyah semakin debab berkat susu ibu , kepala Aisyah botak lagi lepas dicukur masa kenduri akikah .
1 tahun dan masa ni Aisyah baru dapat lesen baru pas berjalan hehehe
3 tahun di Fraser Hill, Aisyah dah mula pandai nak bergaya dan dia suka sangat kalau saya dandan rambut dia . Saya pun memang suka ikat rambut Aisyah reben rambut pun macam-macam jenis yang saya beli atau buat sendiri . Dress pula memnag banyak yang saya jahit buat sendiri...
6 tahun dan Aisyah bergaya untuk konsert tadika Manjaria..
10 tahun..
Gambar terbaru masa cuti sekolah bulan Mac yang lalu semasa kami bercuti di Penang..
We love u
salam kak nannie..
ReplyDeleteHAPPY BIRTHDAY 2 AISYAH..
semoga membesar menjadi anak yg solehah dan kebanggaan keluarga..amin.....
salam nannie..
ReplyDeleteselamat hari jadi aisyah, m'cik doakan semoga panjang umur dimurahkan rezeki,cemerlang dunia akhirat dan menjadi anak yang solehah..Amin.
salam kak
ReplyDeletehappy birthday to aisyah..moga menjadi anak yg solehah..
wah,mak aisyah pun cun melecun masa dukung aisyah,hahaha..sampaikan salam happy bhday utk aisyah.mmg akak tgk aisyah ni jenis relax je.budak pompuan mmg cam tu kut,masa kecik becok,dah besar sikit jadi pendiam.anak sulung akak pun camtu,cuma lecehnya dia tak tahan gurau,sedangkan ibunya jenis suka bergurau
ReplyDeletehappy birthday aisyah.
ReplyDeletesalam kelahiran aisyah yg ke12..nama yg sangat baik & terpuji..Uncle harap aisyah membesar dgn sifat2 terbaik,cemerlang,gemilang & terbilang.Diharap aisyah dapat menunaikan hasrat ibubapa utk berjaya dlm UPSR thn nie..(sama dgn anak ke4 uncle thn nie ambil pereksa).
ReplyDeleteSalam Nannie,
ReplyDeleteHappy Birthday untuk Aisyah...moga maju jaya dalam pelajaran & jadi anak yang solehah.
Good Luck for the coming UPSR ya! :)
wlksalam Chemp ,
ReplyDeleteTerima kasih ya Chemp doa dam ucapan birthday utk Aisyah dan akak sgt menghargainya .Thanks ya sis..
wlksalam kak Aton ,
ReplyDeleteterima kasih byk2 la sebab kak aton ingat kat anak saya ni.Saya sangat menghargai doa akak tu moga Allah makbulkan segala doa akak dn kawan-kawan lain . Saya bagi tau pd Aisyah yg akak ucap selamat hari jadi pd dia semyum je Aisyah dan dia kenal akak anak saya yg no dua tu pun kenal makcik aton seronok sgt anak-anak saya masa pegi rumah akak dulu. terima kasih ye kak..
wlksalam Ira ,
ReplyDeleteterima kasih ya Ira for the birthday wishes akak sgt menghargainya..
to kak Shas ,
ReplyDeletehehehe akak tgk gambar saya dlm n3 thn sudah ye ooo tu gambar 12 tahun dulu masa umur 26 tahun mudo lagi masa tu temacih temacih kembang kempis ni kena puji hehe lawak je
Saya dah sampaikan salam akak dan birthday wishes akak pd Aisyah hmmm dia senyum saja dia mmg kenai sgt la dgn makcik Shas kawan mama dia tu . Terima kasih ya kak saya sgt menghargainya . Ye la anak sulung saya ni mmg jenis relex saja cool saja hehehe mmg masam kecil mulut becoknya bila besaq ni becok juga tapi kdg2 tu dia diam juga hmmm saya layan saja . Ooo ye ke anak dara akak tu pun sama perangai mcm anak saya la hehe . thanks ye kak...
to Melor ,
ReplyDeleteterima kasih byk ya Melor utk birthday wishes utk Aisyah dan saya dh sampaikan pada Aisyah semyum je dia
To abg Shariff ,
ReplyDeleteSaya dah sampaikan ucapan hari jadi dari abg Shariff pada Aisyah senyum suka je dia . Terima kasih ya atas ucapan dan doa dr abg Shariff utk anak saya ni insyallah moga anak-anak kita akan berjaya nanti . Terima kasih ya abg Shariff saya sgt menghargai doa dn ucapan abg itu
wlksalam Ana ,
ReplyDeleteTerima kasih ya utk birthday wishes dan doa utk Aisyah dn saya sgt2 menghargainya . Saya dh sampaikn pada Aisyah dia happy je bila baca sendiri birthday dari kawan-kawan mama dia . terima kasih ya teman kerana buatkan anak saya ni happy sgt....