Salam pagi Isnin
Selamat bercuti pada mereka yang ambil cuti sebab nak bawa family balik kampung atau jalan-jalan melancong ke mana saja sama ada di Malaysia atau pun ke luar negara . Pada yang tak bercuti dan bekerja moga hari Isnin ni membawa kecerian dalam hidup anda .
Pada saya setiap pagi (subuh) adalah hari baru dalam hidup saya , saya bangun dengan perasaan dan semangat baru serta saya amat bersyukur pada Allah kerana masih memberi peluang untuk saya meneruskan kehidupan di dunia ini di samping family tercinta dan individu yang memberi impact positif pada diri saya . Saya tinggalkan hari kelmarin dengan ceritanya dan saya mendoakan hari ini akan membawa seribu kebaikan kepada diri saya dan pada sesiapa saja .
Sekarang ini saya di destinasi yang amat mengembirakan saya , suami dan yang sangat gembira mesti la anak-anak kerana dapat berkumpul dengan sepupu-sepupu mereka . Memang best sangatkan bila kita dapat berkumpul dengan adik-beradik tapi dalam suasana happy tu hati saya ni masih sayu juga kerana kepulangan saya kali ini hanya melihat bilik kosong yang suatu ketika dulu di huni insan yang sangat saya sayang yang sentiasa menyambut kedatangan saya dengan senyuman yang amat menenangkan hati ini tapi kini tinggal kenangan saja . Tahun sudah masa cuti sekolah bulan Mac lebih kurang macam tarikh cuti sekolah tahun ni abah masih ada tinggal di rumah abang saya dan abah akan tunggu kepulangan kami tapi kini saya hanya melawat pusara abah . Semoga roh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman , amin .
sampai disini coretan saya.....
Bye-bye

selamat cuti2 malaysia nannie.
ReplyDeleteto kak zue ,
ReplyDeletetema kasih kak selamat bercuti atau bekerja juga utk akak ya