Kami sekeluarga sempat jalan-jalan ke Jitra dan Alor Star sebab menghadiri kenduri sambil jumpa kawan-kawan lama saya dan kawan-kawan baru yang saya kenal melalui blog saya ni la. Jitra dan Alor Star bukan la bandar yang asing dalam hidup saya sebab saya dibesarkan di pekan dan di bandar ini . Walaupun kami dulu kerap berpindah sebab ikut abah yang bekerja kastam tapi saya banyak membesar di pekan Jitra dan saya tamat sekolah menengah pun di pekan Jitra .
Banyak sangat perubahan yang berlaku pada pekan dan bandar ini termasuk pada kawasan kampung di sepanjang jalan yang kami lalu pada hari Isnin lepas . Kebanyakkan kebun getah dah tak ada dan diganti dengan taman perumahan dan juga bangunan-bangunan komersial . Tapi yang tak akan berubah ialah kemesraan kawan-kawan saya yang masih sama macam 22 tahun dulu..memori lama kembali semula....
Highway Alor Star - Sg.Petani , pemandang waktu lewat petang redup saja , pemandangan sawah padi yang baru dituai terbentang luas di kiri-kanan lebuhraya ni dan suatu pemandangan yang sangat mengasyikkan...
Masa di Alor Star kami singgah ke Masjid Zahir kejap sambil minum-minum di gerai tepi sungai masjid ini adalah antara masjid tercantik di Malaysia..
Di tebing sungai Muda di bandar Alor Star , kami berhenti rehat di gerai berhampiran sungai ini dan air sungainya masih tenang sama macam dulu juga..
Fountain ni dulu cantik sangat dan menjadi tumpuan penduduk sekitar kiranya tempat lepak dan relek orang ramai la tapi sekarang ni dah sunyi sepi dan dah tak berfungsi . Saya macam nampak je diri saya ni duduk di tebing tembok putih tu bersama-sama keluarga atau kawan-kawan bersantai suatu masa dulu - DE JAVU memori lama kembali lagi..
wahh nannie p melawat kg akak ni..a.star.. rumah akak ditepi sungai kedah tuu nama kg pantai johor..dekat mentaloon rumah rasmi menteri besar kedah. sungai tu kalau ada bot mcm kat melaka best kan?? tapi tak byk tmpt sejarah mcm melaka..huhu
ReplyDeleteto kak jalilah,
ReplyDeleteoo ye ke kak sama la kita , saya pun asai orang Jitra kak oiii . Rumah akak kat Pantai Johor saya tau kak kampung tu oo yg dekat rumah menteri besaq tu ka ? abah saya asal org Kampung Seberang Perak lepas jambatan sama kampung dengan Dr.Mahathir .
Betui tu kak kalau ada bot macam kat Melaka tu bestkan sungai ni lagi best