MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Tuesday, March 23, 2010

KOLEKSI SETEM MALAYSIA



Macam ni la rupa setem-setem yang dijual mengikut tema dan kumpulan yang sama , semuanya diisi dalam sampul plastik kecil . Harganya berbeza dari Rm1 sampai la RM 6-8 . Ada juga setem yang dijual dalam kuantiti yang banyak macam 15 ke 1oo keping satu sampul . So , lagi senang nak pilih mana yang kita suka atau pada collectors yang baru nak mula kumpul setem pun mudah untuk buat pilihan .


Semenjak tahun 2000 semua setem dicetakkan sekali tahun setem ini dihasilkan so memang mudah la untuk collectors cari setem yang nak dikumpul dan kualiti setem ini lebih tinggi .


Setem keluaran khas untuk mengenang seniman Tan Sri P.Ramlee...


Setem ni saya baru beli minggu sudah saya mencari setem tahun 2008 dan yang tinggal hanya la setem yang baru belum diguna . Harganya agak mahal sikit tapi nilainya juga tinggi kalau nak dijual balik suatu hari nanti.


Dalam buku setem ni saya hanya susun setem dari Malaysia saja , setem-setem ni dulu saya simpan dalam buku setem merah saya tu . Semua setem ni dari tahun 1970 an sampai la yang terbaru tahun 2007 .

Bila saya di Amcorp Mall baru lah saya dapat jumpa dengan pengumpul setem-setem lain ada yang sebaya saya ada yang lebih muda dan ada yang lebih berumur . Sambil mengumpul saya pun dapat kenalan baru hmm best tu . Pada saya la kepuasan hati bila kumpul setem ni sama saja macam kumpul cawan pinggan mangkuk antik/lama .


Ini pula koleksi setem dari tahun 1990 sampai la 1999 , semua setem ni saya beli di Amcorp Mall . Saya spend anggaran dalam RM150 untk beli setem dari tahun 1987 sampai tahun 1999 semuanya untuk melengkapkan koleksi setem saya . Kiranya jumlah duit yamg saya spend tu murah la ada collectors lain yang sanggup habis beribu malah berpuluh ribu pun ada semuanya kerana minat yang mendalam terhadap hobi kumpul setem ini . Ada buku khas tentang sejarah setem , harga dan jenis-jenis setem dari Malaysia dan luar negara serta nilai di pasaran kalau pengumpul nak jual balik koleksi setem mereka .


Ini pun koleksi setem dari tahun 1990an . Memang buku setem saya ni khas untuk setem Malaysia saja.


Ini pula antara koleksi setem dari tahun 2000 - 2003 dan banyak lagi koleksi setem saya kalau saya masukkan semua dalam n3 kat blog saya ni memang tak cukup la hehehe , ok sampai disini dulu n3 tentang hobi saya ni . Nanti saya buatkan n3 untuk koleksi setem dari luar negara pula bye.....

5 comments:

  1. ak x pnh kumpul setem..nmpk sgt ak x mnt..miahaha..

    ade org kate skrg ade jual setem yg ltk gambar kita..fuhh cnggih btol la skrg..^_^

    ReplyDelete
  2. setem yg k.zue kumpul dari zaman persekolahan entah kemana hilangnya...sekrg ni adalah tinggal 1 album kecil aje...tapi k.zue ada byk setem dari turki.masa tu k.zue brkawan dgn pljr m'sia yg brlajar di turki jadi kami hanya brhubung melalui surat dan setemnya k.zue simpan.

    ReplyDelete
  3. to @juera ,

    Ooo ye ke kat mana nak buat setem boleh letak gambar kita tu hehehe canggih betul tu

    ReplyDelete
  4. To k Zue ,

    Ok tu kak kalau ada lagi simpan setem dr zaman sekolah jadi la buat kenangan tapi kalau akak nk mula kumpul balik setem pn ok juga kan .

    ReplyDelete
  5. saya beli kat akak la setem -setem nie...boleh? hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .