MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Sunday, March 21, 2010

Sepetang di Tanjung Dawai..


Santai di pantai Tanjung Dawai..
Saya dan suami teringin nak pegi ke Tanjung Dawai , lepas kami pegi ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang kami sempat juga singgah sekejap ke Tanjung Dawai yang terkenal dengan ikan masin dan hasil lautan yang lain . Bila sampai saja , hmmm pemandangan yang luas terbentang dan angin laut mesra menyapa kedatangan kami .

Terpana dengan pemandangan yang mengasyikkan ciptaan yang Maha Esa ini dan jari saya tak berhenti-henti menekan butang kamera merakam kecantikkan pemandangan pantai di waktu petang sekitar pukul 4 ketika itu . Kalau la pemandangan secantik ini dekat dengan rumah saya hmmm bestnya .


Gelagat anak-anak yang sentiasa menghiburkan hati kami berdua Adam dan Adlina yang paling seronok berlari ke sana kemari di sapa angin laut yang bertiup nyaman cuma kawasan pantai ni tak sesuai untuk nak mandi la hanya boleh untuk bersantai-santai ambil angin je...


Angin bertiup kencang deruman ombak mesra menyapa pantai dan bau bayu laut menyegarkan sesiapa saja yang berada di tepi pantai ini..


Puteri-puteri saya berposing untuk kenangan dan mereka gembira sebab dapat jalan-jalan ke tempat baru macam pantai Tanjung Dawai ni..

2 comments:

  1. Nannie, saya pun pernak p Tanjung Dawai sekali. Perjalanannya rasa lama lah nak sampai...tapi ikan bilis kat situ memamg murah..

    ReplyDelete
  2. To Rohana ,

    Ye la saya pun rasa macam tu mungkin sebab kita lalu jalan kampungkan tapi bila nak balik cepat pula hehe ya betul tu ikan bilis , ikan masin dan keropok murah . Keropoknya lagi sedap dr pantai timur dan lagi murah tak sangak rupa2 keropok dr Tanjung Dawai lagi sedap lain kali gi saya nak beli banyak2 la hair tu beli sikit je .

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .