MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Friday, March 5, 2010

TAPAH n MEMORY LANE


Salam pagi Jumaat

Kejap je masa berlalu ya dah pun masuk hari Jumaat minggu lepas pada waktu yang sama macam pagi ni saya tengah bersiap-siap dan hanya menuggu suami balik dari berarak . Bila suami balik saja kami terus bertolak ke negeri Perak . Bestnya bila dapat jalan-jalan ke tempat baru " jauh perjalanan luas la pemandangan" hehehe memang luas pemandangan kami hujung minggu lepas...

Saya singgah dulu ke Tapah ke rumah kak Shas untuk berjumpa geng dan nak hantar barang-barang kak Shas . Kedatangan kami di sambut mesra oleh Adib hero comel kak Shas hmmm geram saya tengok dia . Terima kasih tak terhingga saya nak ucapkan kepada kak Shas dan suami serta anak-anak yang sudi terima kedatangan kami dengan mesra sekali .

Honestly saya memang senang dan mudah bercerita dengan kak Shas mungkin sebab kami sama dari utara tapi paling best kak Shas ni memang simple orangnya dan mudah mesra saya rasa tak kekok bersembang apa saja walaupun ni adalah kali ke dua saya dapat berjumpa dengan kak Shas .

Melangkah saja masuk dalam rumah Kak Shas memang rasa cosy sangat dan hiasan dalaman macam koleksi cawan dan set -set lain serta tureen kepunyaan kak Shas hmmmm memang menawan kalbu dan telan ayaq lioq saja la saya tengok hehehehe....

Terima kasih juga saya ucapkan pada kak Shas yang bersusah -payah berulang-alik selama 2 hari dari Tapah ke Kampar semata-mata nak bawa saya sopping di apeks dan nyonya kat Kampar ni , Terima kasih banyak-banyak la ye kak Shas dan sori ya kalau ada yang terlebih atau terkurang dalam sepanjang perkenalan kita ni . kalau datang KL mesti bagi tau naaa nanti cheq bawa kak Shas gi apeks di sini....tapi apek sini pun dah tak banyak barang elek...


Kedatangan kami hari tu disapa mesra oleh Adib si comel hehehe saya geram tengok dia tapi tak dapat nak peluk dan cium . Saya try banyak kali juga nak ambil gambar Adib nasib la last sekali dapat juga . Bila saya tengok Adib mula duduk di kerusi sama dengan Adam terus saya snap gambar mereka berdua . Rupa-rupanya hero-hero comel ni nak bersembang dan masa depa dok syok bersembang la saya ambil gambar-gambar ni . Oppppsssss hero kecil saya pula boleh pi syok ambil teady bear pink tu hehehehe .

Apa yang disembangkan oleh Adam dan Adib ni , haaa makcik Nannie tambah sikit dialog ya...

Adib : Hikhikhik makcik ni dari tadi la Adib tengok dia suka ambil gambar mula-mula tadi dia ambil gambar dengan mama kita lepas tu dia ambil gambar cawan-cawan mama kita hikhikhik makcik ni kelakar la...

Adam : Ehhhh tu mama kita la , dia memang suka ambil gambar dari kita baru umur 1 jam lagi mama kita dah ambil gambar kita hikhikhik kita memang dah terror bab posing-posing ni...jom la Adib kita posing-posing boleh masuk blog mama kita nanti boleh kita jadi famous la hikhikhik...


Adam : Mama mama , best la kita lepak kat rumah Adib ni mama dia ada banyak kaca macam kat rumah kita juga . Mama Adib pun best la nanti kita jalan-jalan datang rumah Adib lagi ekkk..

Adib : Haaaa ok ok set nanti datang rumah kita lagi tau boleh kita sembang ceta panjang-panjang lagi . Best la Adib dapat sembang n ceta-ceta dengan Adam ni dia je yang paham apa Adib cakap kan kan kan ( hehe dua-duanya hero kecil ni still baby talk ) . Cedap tak air yang kita buat tadi hikhikhik kita rajin tau tolon mama kita buat air dan tolon hias rumah ni walaupun kita boy tapi kita mesti tolon mama kita dari tecik kan kan...

Adam : Betul betul kita pun rajin tolon mama kita kemas rumah kita pun tolon buat air dan simbah main air kat rumah kita tu opppsss pecah rahsia kita hikhikhik . Adib kalu datang KL datang lepak-lepak kat rumah kita tau nanti kita boleh tunjukkan mainan kita pulak . Best la Adib ni peramah sangat hikhikhik mama dia pun spoting la sama macam mama kita juga hikhikhik....


Adib : Ehhhhkk..Adam kenapa mama awak tengok kita macam dia nak picit-picit je kita ni , kita jadi seram la hikhik lepas tu mama awak tak habis-habis ambil gambar kita ishhh kita malu la hikhikhik....

Adam : Alaaaaa biasa la tu mama kita suka tengok kat awak la sebab awak gebu n debab . Mama kita pun nak kita debab macam awak , kita dah makan banyak juga tapi badan kita ni tak mau debab macam badan mama kita hmm tak tau la kat mana silapnya , hmmmm Adib bagi la rahsia macam mana awak boleh cute n debab hikhik...

Adib : Ok ok boleh boleh kita bagi tips-tipsnya tapi kena "off the record tau" kita bagi tips ni untuk Adam saja , makcik Nannie tak boleh tulis dalam blog makcik tau tentang rahsia debab dan gebu kita ni hikhikhik......

Lepas tu 2 orang hero cumil ni pun terus la bersembang....

THE END

p/s . Pada kak Shas dan sesiapa saja yang singgah blog saya ni , dialog-dialog yang saya reka ni hanya la untuk hiburan sahaja hehehe

SIMPLY ME

10 comments:

  1. seronok kan..dpt berjumpa dgn teman2 blogger yg mempunyai minat yg sama.

    ReplyDelete
  2. salam kak nannie...
    Kak, bagi saya lorong nak pi rumah kak shas tu, aku nak rompak lemari yg ada set2 cawan lama tuu...hahaha...kak shas kalau baca ni, 7 hari 7 malam dia tak boleh tidur, silap2 tidur depan gerobok!!!.......

    ReplyDelete
  3. salam ..waala bestnya dpt gie jalan2 ...

    ReplyDelete
  4. salam kak..wahhhhhhhh..nie dah mcm journal cuti nieh..very detail & interesting....
    teko idaman malaya ker kak????wahhhhhhhhh..x sabar nak tgk kemunculan sulung...hahaha

    ReplyDelete
  5. salam nannie...jadi kenangan gambar adib dan adam ni.esok-esok depa besar,dapat tengok gambar ni.kut-kut depa minat antik

    ReplyDelete
  6. To k Zue ,
    Memang seronok kak dapat jumpa kawan2 blogger ye la dari alam maya dah dapat jumpa depan mata hmm best..

    ReplyDelete
  7. wlksalam Mat ,

    Lorong nk pi rmh kaka shahs tu akak lupa la tapi yg akak ingat lorong yg first dan rumah kak shas belakang kedai goodyear hehehe haa pi la Mat cari kat Tapah tu hahaha

    ReplyDelete
  8. To kak Idaisk ,

    Hmmm best kak gi jalan2 jumpa kawan hehehe

    ReplyDelete
  9. wlksalam Chemp ,

    hahaha tu la akak ni kalau dah mula menulis punya la panjang berjela dan detail hehehe . Hmmm teko idaman Melaya la tapi tak leh amsuk blog la barang kawalan hehehehe kalu chemp nak tengok kena datang rumah akak la hehehe

    ReplyDelete
  10. Wlksalam kak Shas ,

    Tu la jadi kenangankan 2 orang hero kita ni bergambar berdua nanti kalu jumpa lagi kita ambil gambar lagi sampai la hero dua org ni besaq , tu la anak-anak kita ni harap2 minat la juga antik2 ni hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .