MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Monday, July 20, 2009

TEKNIK MEMOTONG KAIN


Saya nak berkongsi teknik ini yang mungkin berguna pada mereka yang meminati bidang jahitan . Teknik ini memang diguna oleh pemotong kain/tukang jahit a.k.a seamstress bagi designer terkenal di Barat atau Eropah seperti Chanel , Valentino , Versace , Salvator Feragammo , Vera Wang (fashion designer terkenal dari US) yang sangat famous dengan gaun pengantinnya dan ramai fashion designer lain . Saya pun dapat ilmu tentang teknik ni masa belajar dulu dan memang saya guna teknik ni bila nak potong kain yang lembut macam /organza/voile/chiffon . Harap info yang saya tunjukkan ini dapat dimanafaatkan oleh sesiapa saja .

Selalunya sebelum saya potong kain yang lembut untuk dijadikan pakaian atau lining saya akan buat proses ini dulu , proses ini adalah untuk memdapat ira melintang kain yang lurus . Bahagian hujung kain yang kita baru beli memang dalam keadaan senget . Teknik ini sangat sesuai untuk kain yang lembut macam chiffon , organza , tafeta , silk , voile , gold lame , cotton yang nipis dan lain-lain jenis kain yang lembut /nipis. Kadang-kadang ada juga kain dari jenis polyester yang susah untuk di apply kan teknik ni so tak payah buat la .

Bahagian skirt gaun smocking yang saya buat ni tidak memerlukan pola untuk memotongnya hanya sebidang kain yang perlu di kedutkan saja pada bahagian atas jadi saya perlu pastikan kain liningnya juga tidak senget , untuk lining saya guna kain dari jenis voile yang memang nipis dan lembut . Selain itu teknik ini memudahkan proses menjahit dan bila baju siap nanti fall /flow /hangging look , kain / baju tergantung dengan cantik atau jatuhan kain baju ini cantik serta tidak senget , memeri atau salah ira kain .

Jika kita beli kain chiffon/ organza /voile atau kain bertexture lembut untuk buat baju kurung , adalah sesuai jika kita guna teknik ini untuk potong semua bahagian baju dan terutamanya bahagian kainnya. Teknik ni juga sesuai diguna bila nak potong kain langsir day curtain/sheers yang kebanyakkan dari kain organza. Langsir yang siap nanti tak akan sengget dan jatuhan kain langsir ni cantik saja , yang paling penting kain langsir mudah dijahit.


Mula-mula potong sikit saja pada bahagian sisi kain.


Ambil beberapa urat kain dan tarik dengan perlahan.


Garisan akan terjadi dari urat kain yang ditarik tadi



Bila dah dapat garisan macam dalam gambar ni bolehlah dimulakan proses memotong secara perlahan.

7 comments:

  1. Kak Nannie,

    Best nye tip ni... Tadi Ja baru je 1st time try jahit tudung dubai guna chiffon. Seksa... Lepas ni mmg akan guna cara kak nannie. Tx a lot!

    ReplyDelete
  2. Jabishah nk jahit kain chiffon mmg susah ada tekniknya nanti akak tunjuk ya , cara paling senang ialah kain tu perlu di jahit running stitch yang biasa kat bahagian tebing kain dulu lepas tu lipat 2 kali sekecil yang boleh baru dijahit tindih runnig stitch yg biasa tu .atau overlock dulu kainnya dan lipat sekali jahit tindih mcm biasa atau boleh dilipat sekali jahit jelujuh dah baru dijahit mesin hehee byk pulak caranya tapi cara yang ke 2 n 3 yg paling senang..
    Cara tarik kain ni hanya untuk dapat kain yang lurus insyallah senang di jahit tapi kena banyak practice kalau jahit kain chiffon..

    ReplyDelete
  3. silap la eja jahit jelujur bukan jahit jelujuh

    ReplyDelete
  4. terima kasih bnyk2 k.nannie for e tips. mmg sgt2 diperlukan waktu ni... thank a lot for sharing...

    ReplyDelete
  5. hai nannie...festym jenguk blog nih terus tertarik ngan tips ni.sgt2 berguna la untuk org yg xberapa pandai menjahit nih

    ReplyDelete
  6. hihihi.iye juga..tak susah2 pakai mater scale...

    ReplyDelete
  7. salam kak..slamat berkenalan...
    banyak info kat blog akak ni..tq
    amaaaaaaat bermanfaat utk org2 yg baru nak blajar menjahit cam saye ni...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .