MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Sunday, July 5, 2009

REHAT JAP


Lepas saya habis menjahit gaun smocking hari Rabu lepas memang saya plan nak rehat jap dalam 2-3 hari sambil menonton dvd movies yang saya baru beli masa weekend lepas.

Khamis pagi bangun dari tidur , tekak saya mula terasa perit dan sakit , terus saya tau yang saya akan kena selsema dan batuk. Malam Khamis tu tekak saya makin sakit dan saya dah mula selsema . Pagi Jumaat selsema saya makin banyak dan saya mula batuk yang teruk , saya ke hospital dan doktor bagi ubat yang khas sebab saya ni ada asthma , ubat saya memang lain dari orang yang selsema biasa . Balik rumah keadaan saya memang agak mengantuk sebab makan ubat batuk..so tidur sekejap nasib la anak sulung saya sekolah pagi so bila petang dia ada di rumah dapat la tolong tengok-tengokkan adik-adiknya .

Pagi Sabtu saya makin ok , alhamdulillah syukur la keadaan saya makin bertambah baik , nasib la cuti jadi suami ada di rumah , saya masak pun lauk simple saja untuk makan lunch dan dinner kami . Semalam kami sekeluarga tak keluar ke mana pun hanya duduk di rumah dan menonton dvd saja tapi ikut turn la sekejap saya tengok movie saya petangnya anak-anak tengok cerita kartun pulak selalunya bila saya tengok cerita yang romantik atau suami tengok cerita yang violent atau triller sikit anak-anak memang tak join sekali , saya memang tak bagi pada saya belum sampai masanya dan belum sesuai untuk umur mereka . So , anak-anak saya ni ada la aktiviti mereka sendiri ni selalunya main , homework , baca buku cerita , bergurau , melukis dan macam-macam la .

Hari ni saya bangun pagi dan syukur keadaan diri ni makin sihat... cuma saya nak releks lagi dalam 2 hari sebelum start menjahit semula. Sambil tu saya pun nak habis menonton dvd yang ada lagi beberapa cerita masih tak tengok..


2 cerita love story yang jadi favorite saya , The English Patient ni cerita lama dalam 5 tahun sudah tapi ceritanya best sangat... dan cerita The Note Book cerita love story yang semua wanita mesti tengok memang best sangattttt....


Ni pun semua cerita saya juga Obsessed cerita ni Beyonce belakon best juga , American Beauty pun cerita lama tapi best juga dah lama saya mencari dvdnya saja nak beli buat collection simpan cerita yang best-best saja dan kompilasi 4 cerita best dalam satu dvd , suami saya jumpa kedai baru jual dvd di Subang Jaya..quality gambarnya lagi bagus dan lagi dekat dengan rumah saya.

Haaa cerita Underworld ni cerita yang suami saya suka tengok tapi saya tak berani tengok cerita yang suspen triller macam ni dan kompilasi 3 cerita tu pun saya punya juga , ingat besok la saya tengok hari ni still tak sempat nak khatam juga..



Petang tadi baru saya ada plan dan mood nak buat kuih untuk tea kalau dak masa sakit tak terdaya nak buat apa pun sangat tapi saya paksa juga diri ni kalau tak tak terurus la anak-anak , saya masak donut favorite anak-anak , white coklat topping dengan toast almond , Adlina suka sangat ....dia memang menunggu saja untuk makan donut ni masa saya ambil gambar ....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .