MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Sunday, July 12, 2009

GRAFFITI

Graffiti ni ialah salah satu cabang seni visual yang selalu di kaitkan dengan vandalism sebabnya pelukis graffiti yang kebanyakkannya terdiri di kalangan remaja suka buat artwork diaorang ni kat dinding bangunan atau tembok pagar..itu la masalahnya.. Di negara kita art works macam graffiti ni kurang di ketahui umum berbeza macam di negara barat macam America atau di Europe .

Tembok Berlin yang masih di tinggal sebahagiannya ( yang lain telah dirobohkan untuk menyatukan semula negara German ) memang di abadikan pelbagai lukisan graffiti ni sebagai mengingati kekejaman komunis di negara German yang terpisah pada suatu ketika dulu . Kalau di Malaysia kita semua lebih tahu tentang mural.....graffiti ni selalunya dikaitkan dengan budaya hiphop........

Pada saya, remaja yang aktif melukis/menghasilkan graffiti memang kreatif dan berbakat sangat cuma cara mereka ni berkarya dan meluahkan kreativiti mereka ni di tempat yang salah atau kurang sesuai tapi mana lagi nak cari pemukaan besar yang rata kalau bukan tembok rumah atau bangunan dan tembok pagar......mereka ni sebenarnya perlukan ruang/more space untuk berkarya....

Gambar-gambar di bawah ni saya ambil di tembok pagar apartment berdekat dengan kawasan rumah saya . Saya selalu lalu kawasan ni untuk ke jalan besar kira masuk highway la dan satu hari masa lalu tu saya terpandang graffiti ni .

Banyak kali plan nak berhenti dan tengok dengan lebih dekat...so hari ni finally baru saya dapat ambil gambar dan tengok sendiri graffiti yang pada saya memang fantastic.... such a great art works......, sebenarnya graffiti ni ada la salah satu cara pelukis atau pengkaryanya meluahkan rasa dan mengekpresi diri terhadap seseorang , pada sesuatu isu atau keadaan sekeliling . Setiap karya graffiti ni sebenarnya ada maksud yang tersirat di sebaliknya..


beautiful...


Kombinasi warna dan garisan yang spontan ...pemilihan warna yang menarik..


lihat la gigi ku yang putih ni.....


the eye...

Siapa la empunya diri pelukis semua graffiti yang berbakat dan kreatif sangat ni , teringin sangat la akak nak jumpa..

2 comments:

  1. cantiknya kak especially yang biru tu...yes...saya sokong kat malaysia tak dak space for this art....mmmg pelukis yg buat ni berbakat...bukan senang tu...

    ReplyDelete
  2. Hye Fawa ,
    memang cantik akak pun suka yg perempuan biru tu..memang tak da ruang yg sesuai untuk diaorg nak berkarya..sgt berbakatkan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .