Saya dan anak-anak di tepi pantai masa ni baru sampai , kawasan pantai bersih dan ombak laut tak kuat sesuai untuk anak-anak nak mandi. Masa kami sampai ni tak ramai lagi pelancong , keesokkan harinya iaitu hari Sabtu dan Ahad baru nampak pelancong - pelancong lain kat tepi pantai dan di kawasan chalet.
Pagi-pagi lagi dalam pukul 7.15 , Aisyah dan Adlina dah nak ke kawasan pantai , saya pun ikut sekali tak boleh lepaskan anak-anak je ke tepi pantai walau pun Resort ni dekat sangat gan tepi pantai. Suami masih nak tidur jadi saya tinggal la Adam biar dia tidur lagi dengan abahnya. Anak-anak dara saya posing kat jalan masuk ke resort.
Ha tu dia melompat anak-anak saya, punya la seronok dapat mandi laut dengan main pasir. Kami releks dan lepak kat tepi pantai sampai pukul 10 pagi lepas tu anak-anak nak sambung mandi kat swimming pool pulak. So , saya tunggu pula kat kawasan pool sampai pukul 11 pagi baru balik ke bilik dan bersiap nak keluar jalan ke Bandar Hilir Melaka .
Kakak dengan adik , 2 orang anak dara saya ni. Aisyah si kakak agak pemalu dan tak banyak cakap. Adlina anak perempuan saya yang ke dua, si bucuk bacin saya ni baru masuk tadika , aktif serta becok sangat mulut , minat sangat pada super hero macam Spiderman , Ben Ten .
Kawasan pantai memang favorite lokasi saya kalau nak bercuti , ye la kalau dah tinggal di kawasan bandar yang sentiasa sibuk dan bising , sekali-sekali pergi bercuti sekeluarga ke kawasan luar bandar memang best.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .