Saya potong bahagian kain untuk dijahit menjadi gelung.Ukuran dan berapa jumlah nak buat gelung ni ikut pada kesesuaian saiz langsir.
Bila dah dijahit dan diterbalikkan gelung ni saya jahit tindih pada bahagian tepi gelung supaya lebih kemas.
Macam biasa saya mesti seterika dulu apa saja bahagian jahitan yang kecil untuk memudahkan proses saya menjahit.
Bila dah jahit hamming sisi dan dah sambung semua panel langsir ni baru la saya nak ukur bahagian basi kaki langsir pula. Kain langsir perlu dibentang di lantai kemudian diukur dari bahagian atas sampai ke kaki langsir dan baru la ditanda garisan basinya. Ini untuk memastikan kain langsir bila siap sama panjang dan tak senget. Seperti biasa baby Adam akan jadi model dan tolong mama dia buat kerja.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .