Baby Adam akhirnya tertidur juga, dia boring sebab tak dapat jalan-jalan dan main macam biasa sebabnya anak saya ni takut nak pijak pasir laut , first time kami bawa dia ke kawasan pantai dan suami saya letak di tepi pantai dia jadi takut dan menangis. So, sekarang ni bila kami pegi berkelah dia hanya akan duduk dan jalan di atas tikar je. Mungkin bila dia makin besar Adam juga nanti suka mandi dan main pasir laut macam kakak-kakak dia.
Aisyah dan Andrea masa ni sibuk mencari seashells di kawasan tepi pantai yang ada banyak batu ni. Masa ni air laut dah mula surut. Kami berkelah dan lepak/relek di pantai ni dari pukul 10.30 pagi sampai la pukul 5 petang. Puas betul anak-anak saya main dan mandi laut , sampai kulit pun jadi tan. Saya pun rasa releks dan tenang saja lepas dapat lepak-lepak di tepi pantai ni, memang la sekali-sekala saya ni kena gi holiday bagi fresh balik diri ni.
Petang lepas balik ke bilik hotel dan dah mandi serta releks kejap, kami pegi jalan-jalan cari makan di pasar malam kat Batu 4 dekat stesen Petronas. Memang happening la pasar malam ni ramai betul orang, saya rasa lagi ramai pelancong dari orang tempatan. Makanan memang banyak dijual dan saya beli dinner untuk kami sekeluarga , saya jalan-jalan lagi sambil tengok ikan-ikan yang fresh serta sayur ulaman kampung tapi saya tak dapat nak beli la . Anak-anak saya masa ni dah lapar benar maklum la leka main di tepi pantai tadi sampai lupa makan lunch hanya makan sandwich je. Lepas makan pukul 7.30 malam semua anak-anak saya tidur keletihan tinggal la saya sorang tengok konsert Akademi Fantasia sementara suami pegi bengkel untuk sesi malam di dewan hotel.
Pagi Ahad bangun je terus saya call kak Amy ajak dia pegi breakfast di Kopitiam Paklang kat pekan Port Dickson. Semalam masa di pantai kak Amy ada cerita tentang roti bakar kat kedai makan ni yang sedap. So, kami semua siap dan tunggu kak Amy sampai dan ambil kami di hotel. Kat Kopitiam tu saya makan kuehtiow sup sedap juga, anak-anak saya makan roti bakar dan set breakfast. Sementara kak Amy pula makan telur setengah masak dengan roti bakar. Lepas makan kami pegi kedai 2 ringgit, best pula dah lama saya tak gi kedai 2 ringgit ni then kakak saya bawa kami gi supermarket jap sebab dia nak beli barang dapur. Lepas dah jalan-jalan dan kenyang makan breakfast sambil sembang-sembang , kakak saya pun drop kami di hotel. By lunch time kami pun balik ke KL dengan hati yang happy. Bila la saya dapat bercuti lagi maybe next month saya nak gi bercuti tapi tak pasti ke mana lagi.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .