Hari Jumaat yang lepas kami sekeluarga ke PD pula sebab ikut suami yang out station. Petang selepas solat Jumaat dalam pukul 3 setengah kami bertolak dari rumah , pukul 5 dah sampai ke PD , dekat je . Bila sampai di Port Dickson kami pegi check-in ke bilik hotel dulu , simpan beg dan terus saya dan keluarga ke rumah kakak saya , lepak-lepak dan sembang-sembang . Malamnye kami gi dinner dengan family kak Amy , sembang lagi dan lepas dah kenyang dan rasa mengantuk baru saya dan family balik ke hotel , seronok sangat saya dapat jumpa dan bercerita panjang dengan kakak saya ni .
Pagi hari Sabtu , anak-anak bangun cepat sebab excited sangat nak ke pantai. Kami bersiap dan pegi ke rumah kakak saya dulu kemudian baru kami ke pantai yang agak tersorok tempatnya ni. Tak ramai yang tau tempat ni di Port Dickson dan hanya penduduk tempatan saja yang tau , Masa sampai cuaca best sangat cerah je tak de tanda-tanda nak hujan. Air laut pun jernih dan tenang saya rasa macam nak mandi pulak tapi bila ingatkan kulit boleh jadi tan , saya cancel je la niat nak mandi tu.
Anak-anak saya sampai je terus berlari ke tepi pantai tak peduli langsung nak makan pagi, nasib baik la pagi-pagi lagi saya dah beli roti canai untuk sarapan. Macam biasa anak kedua saya Adlina berlari ke sana ke mari sambil cari tempat nak main pasir dan Aisyah terus mandi . Saya dan suami tolong kakak saya keluarkan barang dan siapkan tempat untuk berkelah , happy betul dapat lepak di bawah pokok besar favorite kak Amy ni . Kami pun minum dan makan sambil sambung lagi bercerita dan bersembang.
Kawasan pantai yang bersih dan air laut yang tenang serta jernih. Tak ramai yang tahu tentang pantai ni mungkin sebab tu kawasan ni masih bersih. Nak mandi dan berenang pun ok tak payah pegi jauh-jauh kat Port Dickson pun dah best.
Haa ni projek besar Adlina anak kedua saya , dia punya happy main pasir sambil dia korek lubang besar ni. Dia kata , dia dah buat swimming pool special untuk dia mandi yang saya nampak macam lubang kerbau berkubang je hehehe. Kakak dia pun nak join sekali main, saya biarkan anak-anak main apa saja asal anak-anak happy , bukan selalu dapat berkelah macam ni. Saya ni memang orang yang suka berkelah dari masuk hutan atau pergi kawasan air terjun. Saya boleh relek dan melepak di kawasan pantai satu hari suntuk , future plan saya nak ajak suami bercamping di kawasan pantai depan Petronas kat Batu 4 , best betul saya nampak ramai family yang camping di kawasan tu , lepas ni nak kena beli khemah yang besar la pula.
salam nanie, terima kasih sudi terjah kat blog akak, trima kasih jugak linkskan blog akak. memang nani, portmeirion la yg banyak laku, bawak masuk je habis. tak sempat nak display lama2 kat cabinet rumah akak. akan jual easy payment, cumanya bila place the oder akak mintak deposit sikit. kalu nanie nak details bleh call di 019-6222260. nanti bleh citer panjang..
ReplyDelete