MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Monday, April 6, 2009

PROSES MENCANTUM GAUN SMOCKING

Saya mencantum dan menjahit bahagian atas baju dengan bahagian skirt. Ada pelbagai teknik nak membuat baju ini terpulang la kepada designer atau tukang jahit memikirkan cara yang paling mudah dan simple untuk membuat gaun smocking. Jangan sekat kreativiti kita dalam bidang jahitan selagi kita tahu apa yang kita buat dan hasil baju , seluar atau gaun yang dijahit kemas , cantik dan selesa dipakai.

Ini ada lah tapak untuk membuat kedutan kain. Saya sedang menjahit kedutan untuk skirt bahagian belakang gaun. Sekejap saja buat dah siap kedutannya , tapak kedut ni ada dijual di kedai jahitan macam Bunga Reben , Dexxon kat Petaling street atau kedai jahitan yang besar dan khusus menjual bahan jahitan.

Saya menjahit dan mencantum bahagian atas baju dengan skirt untuk bahagian belakang baju. Pada sesiapa yang masih kurang cekap menjahit ada lah lebih baik jika dipin dulu kain ini supaya senang dijahit.

Saya sedang mencantum dan menjahit bahagian sisi gaun ini.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .