MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Tuesday, April 14, 2009

HELLO KITTY

Saya beli 2 frame yang simple dari IKEA dan saya memang plan nak buat drawing atau simple painting untuk bilik study anak-anak . So, petang tadi lepas cari idea saya nak buat simple painting of Hello Kitty sebab nak match dengan tema langsir baru yang saya siap jahit last week. Mula sekali saya kena buat sketches dulu , saya rujuk je dari kain curtain yang dah ada kat bilik study tu. Lepas dah sketch terus je color.



Saya sudah habis mewarna dan tengah lukis outline keliling figure Hello Kitty bagi dia nampak kemas sikit , baru la comel. Adlina pun sama nak tengok sambil dia bagi macam -macam suggestion macam color apa yang sesuai untuk baju Hello Kitty dia pula nanti.


Ini pula saya tengah color Hello Kitty yang kedua , yang ni Adlina punya dia cakap baju mesti color kuning dengan merah. Ok la cik puan kecik , mama ikut je hehehe. Saya jarang buat drawing atau painting tapi bila dah start buat , mula la susah nak stop.


Half way mewarna Hello Kitty baru saya teringat muffin yang saya belum bancuh dan bakar untuk anak saya nak bawa bekal ke sekolah besok . So , saya berhenti kejap mewarna dan terus pegi buat bancuhan muffin .Bila siap terus je masukkan muffin dalam oven dan saya sambung la kerja coloring yang tergendala tadi.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .