MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Thursday, April 9, 2009

LANGSIR BARU

Walau pun lelah saya masih tak sembuh sangat , saya jahit dan siapkan juga langsir baru untuk bilik study anak-anak. Dah 2 minggu saya beli kain ni dari kedai kain Tewah .Pagi tadi anak saya Aisyah tanya bila saya boleh jahit dan siapkan langsir Hello Kitty dia. So , lepas siapkan semua kerja rumah, saya pun cari balik kain langsir yang dah saya potong tu.

Mula sekali saya mesti bentang kain langsir ni untuk periksa bahagian mana yang perlu dicantum dan dijahit menjadi satu panel. Lagi satu saya nak check kedudukan corak pada kain, macam kain ni coraknya menegak pada satu arah. Kalau silap cantum nanti tunggang terbalik pula corak Hello Kitty ni dan kena buka balik la jahitannye. Macam biasa baby Adam jadi assistant mamanye , dalam gambar ni dia tengah menari atas kain langsir sambil pegang favorite bear dia.


Sebelum mula menjahit saya besarkan saiz stitches ke saiz no.3 sebab kain langsir ni tebal. Selalu untuk menjahit baju atau kain yang nipis saya guna stitches no.2 sebab jahitannya lebih rapat dan kukuh , so jahitan tak mudah terbertas atau terbuka balik.


Basi untuk tepi langsir ini ialah 2 cm, saya lipat 2 kali dan jahit top stitch .Bila siap jahit basinya hanya 1 cm. Cara lain ialah lipat sekali saja dan jahit , semuanya bergantung pada cita rasa si tukang jahitnya .


Ini lah rupa jahit tindih atau top stitch , finishing jahitannya kemas.

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .