Akhirnya siap juga smocking ni , lama juga la masa saya ambil kali ni nak siapkan sulaman smocking . Jahit berhenti kejap lepas tu jahit balik , dulu tak ada baby memang sekejap saja siap .Sekarang ni bila si Adam menangis nak atenttion atau melayan anak-anak lain saya kena stop.Isnin sudah saya jahit juga smocking ini dan bagi siap , baru senang hati.
Pattern/susunan smocking yang simple ni saya cipta sendiri dan saya hanya guna teknik jahitan cable dan stem .Lepas ni saya kena stop mengadap computer kejap sebab nak jahit gaun smocking bagi siap. Kena juga siap minggu ni sebab hujung minggu , saya sekeluarga nak gi bercuti. Pagi tadi saya dah pun buat pleat baru untuk gaun smocking yang seterusnya. Harap kali ni boleh jahit dan siapkan smocking dengan lebih cepat.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .