MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Tuesday, April 28, 2009

ALAMAK , TAK SIAP LAGI !!

Baju saya sendiri masih tak siap , macam mana ni tinggal lagi 4 hari nak pegi kenduri . Itu la bila saya dah sibuk dengan benda lain sampai boleh terlupa dengan baju sendiri yang belum dipotong. Semalam baru saya teringat dan saya terus basuh kain serta jemur dan pagi tadi baru habis potong dan besok saya nak menjahit pulak.
Saya buat jubah simple je , senang jahit lurus dan cantum lengan lepas tu buat piping kat lubang tengkuk, yang penting saya ada baju baru sebab dah lama saya tak jahit baju untuk diri sendiri last sekali masa bulan puasa tahun sudah untuk Aidilfitri.

Ini la rupa kain untuk jubah saya tu , saya beli di Nagoya , jalan TAR bulan posa tahun sudah. OK la kan saya buat jubah je senang.


Saya basuh sekali kain-kain cotton lain yang saya beli di Kamdar , KL. Memang dah jadi habit saya kalau beli kain cotton saya mesti basuh atau rendam sekejap.

Ini pula bukan kain untuk baju saya tapi kain untuk lapik talam berkaki untuk letak hantaran nanti , saya beli kain lace untuk baju ni semasa di Nilai 3 , kedai kain ada buat sales so saya pun beli murah kain ni RM 6 semeter kalau harga asal RM 35 ringgit.


Hari ni saya tengah jahit kain untuk lapik talam hantaran ni , bila dah siap saya masukkan gambarnya kat blog saya ni.

3 comments:

  1. wahh murahnyer kain lace tu, kt tpt sy kak offer ke tak offer sama jer..hehehe..

    ReplyDelete
  2. Oh ya ka , datang sini la Gaban boleh borong macam-macam kain. Kain lace saya beli ni tak tau la stok lama yang dah berapa tau tak habis-habis hehehe

    ReplyDelete
  3. Silap spelling laaa --- dah berapa tahun tak habis-habis

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .