MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Thursday, March 12, 2009

BABY ROMPER

Dalam gambar ini Aisyah berumur 3 bulan bersama abah . Saya ada beli buku jenis-jenis fesyen untuk baby dan saya berkenan sangat dengan romper untuk newborn dan rompers ini dijahit sebelum Aisyah dilahirkan lagi.

Kelebihan menjahit sendiri ialah jimat tak payah hantar tailor dan puas hati dengan hasil jahitan maklum la kadang-kadang kalau hantar kat tailor yang tak berapa kemas jahitan kita pakai nanti pun tak berapa selesa .Sebenarnya nak menjahit ini perlu minat dan kesungguhan kalau tak, boleh cepat give up dan bosan contohnya macam kalau salah teknik semasa potong patern, baju yang di hasilkan mungkin boleh senget hehehehe. Jadi kalau nak mula menjahit tu buat la design baju yang simple dulu, menjahit pun sama juga macam bidang kemahiran lain perlu banyak latihan. Kalau nak belajar menjahit cari lah cikgu yang bertauliah dalam bidang fesyen dan jahitan.


Romper Aisyah ini saya bagi Adlina pakai tapi bila dah sampai ke anak no. 3 iaitu Adam , romper tu saya bagi baby bear saja pakai sebab mana boleh baby boy pakai romper warna pink . Bagus juga bagi bear ni pakai romper kalau tak bolen saja dia , kecian hehehe.


Bahagian belakang romper , dijahit dengan ropol-ropol bagi cute lagi. Bila baby saya pakai geram betul . Sekarang ni saya kurang menjahit untuk baju baby Adam sebab dia memang nak perhatian dari saya sepenuhnya Adam memang manja ye la masih babykan . Mungkin bila Adam dah besar saya boleh sambung hobi menjahit saya ini.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .