MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Saturday, March 7, 2009

BELANGKAS

Masa berjalan dalam pasar PAsir Penambang tiba-tiba saya nampak belangkas ni , terkejut juga sebab dah lama sangat tak tengok belangkas secara dekat. Kali pertama saya tengok belangkas ni masa umur 6 tahun ketika tinggal di Jitra , saya pergi ke rumah kawan dan parent dia tengah BBQ belangkas . Bila dah masak bahagian tengah belangkas ini dipotong dan  isi telur belangkas ini boleh dimakan .Telurnya sedap  rasa macam kuning telur masin. Rupa belangkas  memang pelik tapi  ada orang yang suka makan  mungkin sebab isi belangkas sedap kot .

Bila jumpa belangkas ni terus saya panggil anak-anak dan suami. Aisyah kata rupanya macam alien. Bila direnjis air belangkas ni bergerak dan cuba berpusing. Saya saja ambil gambar untuk dibuat kenangan heheee. Ikut petua yang saya tau belangkas ni kalau nak di bakar ekornya mesti dipatahkan separuh untuk buang racun.


Siput ni pun rupanya boleh dimakan, Saya tanya amoi gerai ni dia cakap perlu direbus dulu baru boleh dimasak resepi lain.Saiz siput ni sebesar buah mangga dan berlendir.Saya suka tengok corak pada isi siput ni sangat cantikkan .


Pada mulanya saya ingat belut ni ular sebab besar sangat macam ular sawa. ukur lilit badan belut ni sebesar botol mineral yang besar tu.Panjang dalam 1 meter setengah.Takut juga tengok belut ni .Memang banyak betul hidupan laut yang ganjil dan pelik kat pasar ni , saya memang suka bawa anak-anak ke tempat yang baru supaya anak-anak saya dapat melihat dah mempelajari mengenai sesuatu perkara yang berbeza yang mereka tak perolehi atau pelajari di sekolah , anak-anak pun suka sebab ini semua adalah something new to them yang sebelum ni mereka tengok di tv saja.

1 comment:

  1. Last time I makan telur belangkas was about five years ago, with my friend Lena. My children and Lena's kids didn't think it was a great taste as we claimed it to be. Aizad complained about being cruel to an extinct sea creature etc etc. We barbequed it right at the beach, and the pleasures that came to my taste buds, and memories of the moment I had telur belangkas came back when I had it during childhood. I want to have some more.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .