Bila dah siap jahitan smocking bermulalah pula proses melakar pola baju tetapi sebelum itu kita perlu mengambil ukuran badan dahulu.
Saya sedang mengambil ukuran bahu , perlu mencari tulang bahu bagi memudahkan proses mengukur.
Seterusnya mengambil ukuran lubang lengan baju . Kita boleh juga mengambil ukuran lubang lengan pada baju yang dipakai oleh anak sahaja.
Bagi baju smocking ini saya nak buat fesyen lengan puff jadi saya mengambil ukuran sampai separuh lengan saja.
Ambil pula ukuran panjang baju , ikut pada kita nak buat panjang mana labuh baju. Saya suka buat gaun yang labuhnya bawah sikit saja dari paras lutut baru la comel.
tambah ilmu..thanks..
ReplyDelete