Semasa kami pergi Kuala Selangor minggu sudah saya saja pergi ke pasar Pasir Penambang, nak tengok hasil tangkapan laut yang fresh. Lokasi Pasir Penampang ni kat kuala sungai dan memang perkampung nelayan . Sampai kat pasar dah pukul 1 tengahari , orang tak ramai pun bila masuk saja ke dalam pasar tengok masih ramai peniaga. So, kami jalan - jalan sambil tengok ikan dan hidupan laut lain yang fresh sesangat. Kalau kat rumah saya pun tak sefresh macam ni. Memang best la siapa yang duduk kat kawasan ni harga ikan , udang, ketam ,sotong pun murah dari KL.
Kerang ni cukup besar , saiznya sebesar buah limau nipis bukan limau kasturi ye. Saya tengok pun terkejut tak pernah jumpa kerang sebesar ni . Segar betul kalau rebus makan cicah cili sos pun pun sedap , dimasak sambal tumis atau rendang sedap juga .
Saya memang pengemar dan suka makan siput sedut, kalau fresh macam ni lagi sedap, kalau di KL selalunya beli siput yang dah siap dibungkus dan tak segar kadang-kadang tu ada siput yang dah mati .Kat pasar ni punya la banyak dan segar sangat, masak lemak cili api memang sedap ni.
Kepah lagi satu seafoods kegemaran saya, fresh dan besar sangat saiznya , ukuran diameter kepah ni anggaran 6 cm dan harga pun murah . Kepah ni saya selalu masak sweet n sour saja.
Beli tak? Kalau ada recipe, tunjukkkan lah dlm blog...
ReplyDeletetak beli sebab tak balik rumah pi hotel terus , resepi boleh bagi senang nanti nenie beli kepah bila-bila dan letak kat blog .
ReplyDelete