Mulakan smocking dengan menyimpul hujung benang dan masukkan jarum dari kedutan pertama bahagian bawah dan keluarkan ke atas permukaan fabrik untuk memulakan proses awal jahitan smocking ini.Mulakan kerja smocking ini dari kiri ke kanan kain kalau kidal dari kanan ke kiri. Ikat simpulan mati benang-benang kedutan supaya mudah kita nak menjahit smocking nanti.
Sentiasa pastikan jarum dalan keadaan lurus selari dengan jahitan horizontal atau 90 darjah dengan benang jalur kedutan. Gunakan jaluran benang kedut sebagai panduan untuk menjahit, ini bertujuan memastikan hasil jahitan smocking kita nanti kemas dan lurus.
Nama teknik smocking ini ialah cable stitch ia adalah satu jahitan yang kukuh serta tidak mudah mengembang. Selalu digunakan sebagai barisan sempadan ( border row) dalam kebanyakkan patern smocking. Cable stitch ini juga bertindak sebagai pengikat agar pleats tidak mudah lari atau beralih dan teknik ini sangat mudah untuk dipelajari .Saya menjahit teknik smocking cable pada bahagian atas dan bawah pleats sebagai pengikat dan ini memudahkan saya menjahit smocking pada bahagian tengah pleats untuk proses seterusnya nanti. Saya akan masukkan gambar gaun smocking ini bila dah siap nanti.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .