MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Wednesday, March 18, 2009

PROJEK MENJAHIT TERBARU

Hari Ahad sudah saya pergi ke Kampung Sungai Buluh sebab nak beli 2 buntil kekabu ni.Bantal anak-anak di rumah dah makin nipis sebab isi kekabu di dalam nya makin pipih. So kena ganti baru la kalau tidak tak selesa nak tidur.Saya pun nak buat 2 biji bantal extra untuk kegunaan tetamu yang bermalam dirumah saya nanti. Saya memang suka guna bantal kekabu sebab selesa sangat , saya tak pernah beli bantal di kedai.Dari segi kos lebih kurang sama atau lagi murah sebab saya tengok kat Jaya Jusco dan shopping mall lain , harga bantal yang berkualiti agak mahal dan ada yang harga sampai RM 50 ringgit dan lebih untuk sebiji bantal.



Lepas beli kekabu saya pergi pula kedai kain Nagoya. Saya beli beberapa jenis kain untuk diri sendiri , semua kain ni saya nak buat jubah dan blouse. Cantik -cantik kain di Nagoya dan harga pun berpatutan. Kain untuk baju dan dress anak-anak dah lama saya beli tunggu masa nak jahit saja.

1 comment:

  1. Salam,
    Hi Nani, kami di Anissa Gift Shop ada menjual produk kekabu (bantal, tilam, gift & kekabu mentah). Kami di Selayang. Kalau cari kekabu lagi, boleh hubungi kami. Servis penghantaran hingga ke depan pintu rumah anda.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .