MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Sunday, March 1, 2009

CUTENYA MONYET !!

Kasih ibu monyet , dikendong anak kemana saja dia pegi.Monyet di atas bukit ni lain dari monyet yang selalu kita nampak ,warnanya kelabu , mata macam pakai contact lense warna oren kekuningan , bulunya panjang . Babynya warna perang comel betul.


Ini la kumpulan monyet yang betul-betul di sebelah keretapi yang kami naik tu.Saya masa ni dah gerun takut kalau monyet ni melompat duduk sebelah saya atau anak-anak.Tak pernah saya jumpa lagi monyet warna macam ni. Monyet disini sangat aktif tapi nampak macam jinak mungkin sebab monyet-monyet di sini dah terbiasa diberi makan oleh pengunjung dan pelancong yang datang. Jumlah monyet-monyet ni banyak juga , saya memang takut dengan monyet sebab pengalaman sebelum ni pernah kena sergah dengan monyet liar di sekitar rumah kakak saya dulu.


Unik dan menarik betul mural di pintu masuk ke akuarium ikan air tawar di Taman Alam berhampiran bukit Malawati ni.Saya tak masuk pun tengok ikan-ikan dalam akuarium disini sebab dah penat dan nak balik cepat ke hotel.


Adam yang terpegun tengok monyet-monyet , hehehee. Dia tak la pula takut tapi diam saja .Lepas ni saya rancang nak bawa dia ke Zoo Negara pula , mesti dia suka.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .