MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Thursday, March 12, 2009

JOM SMOCKING

Saya suka menjahit smocking walaupun agak rumit nak menjahit teknik sulaman ini tapi saya akan rasa puas hati bila tengok hasil usaha saya apabila baju gaun smocking ini dah siap dijahit , cute sangat bila anak -anak pakai sebab saya jahit dengan penuh kasih sayang. Nak belajar smocking ni kena la ada peralatan dan bahan yang sepatutnya seperti mesin untuk membuat pleat ( nanti saya masukkan gambarnya dalam blog ) dan kalau tak ada sapa nak ajarkan teknik jahit smocking beli la saja bukunya atau belajar dari youtube, zaman sekarang canggih betul la nak belajar apa pun senang. Kat internet pun banyak website berkaitan smocking. Jadi cari la ilmu dulu baru la kita tahu macam mana nak jahit smocking ini.

Buku-buku berkaitan dengan smocking , ada di jual di kedai buku yang terkenal macam Pageone, Mph , Kinokuniya serta kedai buku lain. Bila dah beli buku ni bacalah dulu dan bagi faham kemudian baru boleh beli bahan -bahan yang diperlukan. Seeloknya latihkan dulu diri dengan cebisan fabrik yang kecil untuk mendapat ketegangan yang betul sebelum kita nak mula projek yang besar macam gaun atau blouse. Mahirkan diri dulu bukannya apa takut nanti silap buat membazir masa dan bahan pulak.

Bahan asas benang DMC no.8 , jarum menjahit dan gunting.


Kain yang sudah dipleat sebelum proses menjahit smocking. Pilih kain dari jenis cotton yang lembut macam kain cotton dari Jepun , saya tak guna American cotton sebab texturenya keras sikit tapi masih boleh diguna. Saya suka beli kain cotton di Kamdar sebab banyak sangat pilihan dan harga kain yang berpatutan , kadang -kadang saya beli kain di Hon Ming kat Jalan Silang ,KL atau di Craft World di Petaling Jaya .
Aktiviti terbaru saya ialah nak jahit gaun smocking untuk anak - anak saya pakai nanti masa kenduri adik ipar pada bulan September dan raya Aidilfitri , melaram sakan la anak-anak saya nanti dengan baju yang mama buat ni.

2 comments:

  1. saya mazliaton dari kuching sarawak, kawasan petra jaya. saya berminat dengan jahitan smocking ni, tapi saya tak ada mesin pleat. kalau nak buat secara manual, lambat lagipun saya bekerja. macamana saya nak beli mesin pleat ni

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,

    saya nak tanya, mesin jahit biasa boleh ke buat pleats macam ni?saya nak belajar buat smocking, and tengah mencari2 mesin jahit. boleh ke kongsi ilmu ngan saya?thanks!

    haniesuriya@gmail.com

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .