Minggu sudah lepas bawa anak-anak jumpa Paed sebab Adam dan Adlina selsema kami terus singgah tempat kegemaran kami untuk membeli - belah atau sekadar berjalan-jalan. Bila dah sampai sana mesti la makan sekali , bab makan memang anak-anak la yang paling suka.Kami selalu juga pegi ke IKEA , kami suka pergi pada week days macam hari Jummat petang , kalau pergi weekend pun mesti pergi awal sangat dalam pukul 10 pagi dah sampai sebabnya nak senang dapat parking dan tak ramai orang sangat. Kalau pergi awal kami makan breakfast di restaurant IKEA atau kami suka makan di restoran mamak di GF Ikano, nasi lemak kat kios mamak ni memang sedap , cuba la.
Makan malam kami sekeluarga untuk malam Jumaat sudah , tiap-tiap kali pegi ini saja la menu yang anak-anak suka sangat.Tahun sudah semua makanan di restoran ini di naikkan harga tapi dalam seringgit saja so still ok la.
Sphagetti kids meal ni sedap dan murah harganya hanya RM 3 dan banyak pulak tu.
Sedap sangat la tu , ini la 2 orang anak perempuan saya kak long Aisyah dengan kak ngah Adlina. Favorite dish anak-anak saya ni semestinya Swedish meatballs. Memang sedap kuah dan meat ballsnya. Lepas tu fries punya la banyak selalu kena ambil extra piring untuk letak fries.Saya mesti minta extra kuah sebab selalunya kuah tak cukup, kira macam makan nasi kandar juga la kuah mesti banjir hehehe.
Dah habis makan kami pun masuk la ke dalam IKEA , jalan -jalan dan beli apa patut sebab sekarang ni IKEA tengah sales , ok la juga .Memang ada diskaun sebab saya selalu juga check harga barang-barang yang dijual .
Bila dah sampai kat kaunter bayar kami mesti pegi ke area " AS IS ".Kat sini banyak barang -barangnya dari display unit tapi kena pandai pilih dan harga memang murah . Kalau makin lama perabot kat situ makin murah harganya.
Masa tengah tengok furniture dalam area ni saya terus nampak katil kecil untuk budak , masih elok baru , apa silapnya saya tak tau .Adlina memang dah lama nak katil kecil ni , suka sangat dia bila saya decide nak beli, harga asal katil ialah RM 230 lepas diskaun jadi RM70 ringgit, punya la murah terus beli la. Kami masuk balik pegi ke bahagian tilam dan cadar .
Plan asal nak beli katil ni untuk baby Adam tapi dia masih kecil so kak Lina guna dulu la , senyum saja Adlina malam tu bila balik rumah terus nak tidur cepat maklum la dah dapat katil baru hehehe , sweet dream my princess.

No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .