MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Monday, March 9, 2009

BEKALAN DARI KAMPUNG


0
Ini gambar anak-anak saya dengan wan nyang atau moyang mereka, anak - anak saya adalah generasi yang ke 5 dalam salah silah keturunan suami saya. Moyang lelaki suami saya berasal dari Pagaruyong, Sumatera. Ikut Adat Pepatih , keluarga suami saya dari suku Biduanda .Bertuahkan anak - anak saya sebab masih dapat bermanja dengan wan nyang . Biasa lah orang pada zaman dulu umur 12 tahun pun dah bernikah macam wan suami saya ni , bernikah umur 14 tahun dan dapat anak sulung masa umur 15 tahun , sekarang ni dia baru umur 75 tahun dan cicitnya yang sulung iaitu anak saya dah umur 11 tahun . Kalau tuhan panjangkan umur dia mungkin nanti wan suami saya ni boleh jumpa piut dia pula.
Masa gambar ni saya ambil , kami pergi melawat tok suami saya yang sakit. Umur tok suami saya dah 88 tahun dan sakit tua. Kesian tengok dia maklum la masa kami kawin dulu dia masih sihat tapi sekarang dah terbaring saja. Memang macam tu la putaran hidup, kita semua juga akan mengalaminya nanti . Kita merancang dan berdoa tapi pada Allah juga kita berserah dan berharap perjalanan hidup kita ini sentiasa lancar.


Lepas balik dari rumah tok suami saya, mak mertua bagi tahu yang ubi kayu dah cukup matang dan boleh diambil. Suami pun ambil parang dan pergi la ke kebun, saya suka juga ubi kayu sebab macam-macam resepi boleh dimasak. Boleh di goreng, direbus, masak pengat , buat bingka dan lepat ubi. Banyak juga saya ambil ubi kayu ni , saya nak bawa balik ke rumah sendiri. Ubi kayunya besar-besar, suami hanya tebang 2 pokok saja tu pun dah cukup untuk kami sekeluarga dan saya bawa balik untuk kak Iza dan kak Tie , 2 orang kakak saya yang tinggal di Nilai dan Subang.


Pokok cili api pun banyak , yang dalam gambar ni tumbuh kat sebelah pintu dapur. Saya pun kutip untuk bekalan di rumah dan tak payah beli cili api dah. Cili api yang mak mertua tanam ni jenis kampung dan pedas sangat bukan yang macam dijual kat hypermarket, cilinya jenis besar tapi tak pedas mana pun.
Mak mertua saya tabur saja biji dan pokok cili ni tumbuh sendiri , seronokkan hidup di kampung tanam apa pun menjadi, sayur ada saja di sekeliling rumah. Nak pucuk paku , pucuk ubi kayu , ulam raja , daun kesum , lengkuas , daun kari , serai , limau kasturi , pucuk keledek dan apa saja la boleh pegi kutip dan terus masak, kira fresh from the farm atau garden.


Ini la cempedak dan ubi kayu yang saya bawa balik dari kampung , sebiji cempedak dah habis dimakan nanti yang lain saya nak goreng pula.Ubi kayu ni boleh dibuat lepat.Best kalau ada kampung, bagi saya walau pun kita boleh beli apa saja di pasar kat KL ni tapi pengalaman memetik atau mengutip sendiri buah - buahan dan sayur - sayuran di kampung tu yang tak boleh dibeli dan akan sentiasa menjadi kenangan yang sangat berharga buat anak - anak dan diri saya sendiri.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .