MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Friday, March 6, 2009

YUMMY SEDAPNYA !!

Ini la poached salmon yang saya suka sangat, memang tersangat la sedap.Harga berpatutan dari beli salmon dan nak masak sendiri. Dill sos yang menjadikan menu ni sedap. Saya baru beli buku masak Swedish ,bila baca baru la tau menu diaorang semuanya simple saja dan tak banyak pakai cream atau butter dan cheese, cara masak dan bahan digunakan semuanya serba ringkas.


Ini cara saya makan , ambil ubi kentang sikit , ikan sikit dan brokoli lepas tu sapu pada sos baru makan .Hmmmm kunyah pelan-pelan sedapnyaaa. Salmon pun ada vitamin Omega yang tinggi bagus untuk kesihatan , so boleh la makan selalu .


Ini ialah Swedish meatballs , kegemaran anak-anak dan suami saya. Sosnya pun mudah dibuat resepinya ada dalam buku masak yang saya beli tu. Tapi lagi mudah pegi makan kat restorannya saja.


Meatballs ni sedap di makan dengan lingonberry. Orang-orang Swedish cukup bangga dengan berries ni sebabnya kat Sweden saja ada buah berry ni. Memang sedap la kombinasi lemak kuah dengan lingonberry yang masam manis ni.Tapi anak saya Adlina tak suka berry ni dia cakap tak sedap.
So, itu saja ceritanya kalau yang tak pernah makan menu-menu ni cuba la pegi makan. Ada banyak lagi menu lain macam salad , cake , lemon chicken , smoke salmon , sandwiches dan macam -macam lagi. Tempat makannya yang cosy dan releks saja. Kalau dah sekali pegi makan kat restoran IKEA ni mesti nak pegi lagi lepas tu.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .