MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Tuesday, March 10, 2009

GAUN SMOCKING

Ini ialah antara gaun yang saya jahit dan sulaman smockingnya pun saya buat sendiri. Baju ini saya buat untuk anak perempuan saya yang no.2 si Adlina. Gaun ni saya buat masa dia berumur 10 bulan dan di pakai masa raya Aidilfitri tahun 2004. Saya buat sehelai untuk Aisyah dan sehelai untuk Adlina , kalau nak beli gaun smocking memang harganya agak mahal jadi saya fikir lebih baik buat sendiri sahaja .

Saya hanya guna teknik jahitan " chain stitch" sahaja , ini adalah salah satu teknik asas dan mudah untuk dijahit. Reka la corak sendiri , walau pun teknik smocking yang simple tapi jika kita kreatif hasilnya pasti memuaskan hati.


Ini pula baju gaun yang saya buat untuk dipakai oleh anak sulung saya semasa dia berumur 2 bulan. Gaun ini di reka khas oleh saya untuk majlis cukur rambut Aisyah. Saya guna kain sutera satin plain warna off white. Baju ni dah berusia 11 tahun tapi masih dalam keadaan elok, saya simpan sebagai kenangan.
Masa tahun 1998 tak ada banyak pilihan gaun untuk baby newborn dan kalau nak beli pun kena pegi Mothercare sebab ada banyak pilihan di sana tapi harganya memang la mahal. Nak jimat saya buat sendiri je dan lagi puas hati maklum la baju untuk baby sendiri mesti la buat dengan penuh kasih sayang.

Saya guna colar ready made sahaja dan saya tambah dengan renda dan rose-bud yang cute. Memang masa ni tak sempat nak jahit smocking sebab baru habis pantang. Aisyah pun comel sangat pakai gaun ni , nanti saya masukkan gambar Aisyah pakai gaun ni masa majlis akikah di rumah mertua saya tu.

4 comments:

  1. I think it is a good business idea. The only person other than you that can do smocking is my friend Su Lin. Little girls wearing smocking dresses are extremely classy. There is a shop in Subang Parade selling smocking dresses. You can go there and check the price. I think once you are thinking about selling your smocking dresses again, make one that little girls can wear as flower girls, sweet colours, and maybe on satin cloths. You can put them at a higher price.

    ReplyDelete
  2. betul nan. kakti sokong sgt cdgan k amy ni. mesti hebatnya...percayalah1

    ReplyDelete
  3. pandainye akak jahit smocking...boleh la saye blaja ngan akak ek..hehe.kalau nak pleat gune mesin jahit biase je,cemane ek?

    ReplyDelete
  4. hi, sy berminat nak belajar menjahit baju/gaun kanak2, tp sy langsung tak pandai pakai mesin jahit..cantik sungguh gaun smocking tu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .