MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Sunday, March 1, 2009

BUKIT MALAWATI , KUALA SELANGOR


Berjalan lagi kami minggu ini, selepas melawat kakak saya di Kuantan pada cuti raya cina yang sudah kali ni kami ke Kuala Selangor pula. Kami sekeluarga pernah pegi dulu lama dah pada tahun 2001, masa tu baru anak sorang baru Aisyah saja.Kali ni kami pergi berlima tambah 2 lagi anak Adlina dan Adam. Cepat sungguh masa berlalu tapi Kuala Selangor masih macam tu juga tapi ada la perubahan sikit pada bandarnye.Saya suka macam ni sebab Kuala Selangor masih tak tercemar dengan pembangunan yang terlalu mendadak dan suasana masih nyaman.Orang disini pun releks saja tak macam orang di KL yang sentiasa sibuk mengejar masa.Sepanjang perjalan pemandangan masih menghijau cuma dah ada juga bukit yang gondol sebab penanaman semula pokok kelapa sawit yang dah tua.
Sampai saja di Kuala Selangor kami makan lunch dulu , saya lapar betul sebab tak sempat makan sarapan ,sibuk packing barang-barang anak.Lepas makan kami pun naik la keretapi untuk pusing Bukit Malawati.Anak-anak dah terlompat seronok , yang si kecil Adam tak tau apa sangat dia pun ikut saja bila kakak dia tepuk tangan sebab happy sangat.


Kami naik la keretapi ni ok juga cekap sungguh pilotnya bawak rasa macam naik roller coster  , tobat saya tak mau naik dah lepas ni hehehehee. Jalan naik ke B.Malawati agar bengkang -bengkok so pilot tu bawa slow saja best la masa tu. Tapi bila time balik menurun bukit boleh tahan lajunya drebar keretapi ni bawa dah la ada selekoh-selekoh yang tajam, gerun juga saya .Saya siap pegang badan Adlina dan tangan Aisyah, takut betul masa ni .Adam memang dah duduk terkepit ditengah-tengah antara saya dan suami , suami pun pegang Adam kuat-kuat.


Bila sampai di puncak bukit kami pun turun ingat nak pusing-pusing sebab ada muzium dan rumah api tapi tak jadi sebab monyet punya la banyak , jinak pulak tu .Ada sorang pelawat perempuan tu , monyet siap panjat belakang badan dia apa lagi menjerit la pompuan tu , tu la berani sangat tadi offer makan dah la satu group monyet ikut kemana saja dia pegi.Saya nampak macam tu terus tarik anak-anak ke tempat lain takut betul.
Sempat juga suami dan anak-anak bergambar di meriam lama ni.Saya kalau sampai tempat bersejarah macam ni mula la dok imagine macam mana la tempat ni 200 tahun dulu atau beratus-ratus tahun dulu .Memang saya suka melawat tempat bersejarah tapi buat masa ni belum berkesempatan pegi nanti la tunggu Adam besar baru kami jalan-jalan ke tempat lain pulak.



Beratus tahun dulu pantai mesti dekat saja dengan bukit ni, tah-tah kat kaki bukit ni dulu dah pantai.Sayup saja mata nampak pantai dan laut , pemandangan cukup menawan dan mengasyikkan.



.

Cantikkan rumah api di atas bukit ni, ingat nak jalan dekat sikit pegi ke rumah api ni tapi tak berani sebab ada monyet-monyet kat situ. Saya rasa la kenapa monyet-monyet ni jadi berani disebabkan orang-orang yang datang melawat suka sangat bagi makan. Siap ada penjual makanan monyet lagi .
Nak masuk Muzium pun jadi takut sebab monyet pandang saja kat kami hehehe.Masa nak turun bukit ni keretapi berhenti kejap kat satu group monyet , saya dah takut mana la tau tiba-tiba monyet ni lompat naik ke keretapi dekat kami .Masa tu pulak angin sedang bertiup kuat terus ke arah monyet -monyet ni dan kami , apa lagi bau monyet ni sampai terus pada kami , masyallah punya la busuk macam bau kambing yang bapak mertua saya bela di kampung , punya la hamis .Yang pasti anak-anak saya semua suka sangat dan happy , dalam kereta Adlina tak habis-habis cerita pasal monyet yang busuk sangat , so saya pun cakap lepas ni jangan malas mandi nanti jadi macam monyet pulak hehehe !!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .