2 helai skirt ini saya buat sendiri untuk anak sulung saya semasa dia berumur 4 bulan. Saya suka bagi baby saya pakai rompers je jadi saya jahit skirt yang simple untuk dia pakai bersama rompersnya. Nak beli skirt yang ready made mahal jadi lagi baik saya buat sendiri modal hanya 5 ringgit dan nak jahitnya kejap je, 2 helai skirt ni saya siapkan dalam masa sejam. Saya rasa lagi puas hati dan baby Aisyah memang jadi tumpuan sapa saja bila dia pakai skirt ini sebab masa tahun 1998 mana la ada di jual skirt untuk baby.
Ini pula skirt untuk Adlina masa dia berumur 2 bulan. Masa berjalan di Mothercare saya berkenan sangat dengan skirt baby newborn tapi punya la mahal harganya. Bila balik saya terus minta suami belikan kain jeans dan saya jahit sendiri skirt baby Adlina . Saya tambahkan ropol-ropol untuk bahagian bawah skirt ini. Baby saya pun boleh bergaya dengan skirt yang mama dia buat sendiri.
Skirt ini pun sama juga saya jahit untuk Adlina masa dia berumur 2 bulan. Memang seronok bila dapat baby girl sebab macam-macam baju boleh kita jahit sendiri. Saya memang rasa bangga sangat maklum la kebanyakkan gaun , baju kurung , skirt anak-anak saya jahit sendiri.
Ini pula baju kurung Adlina masa dia berumur 10 bulan dan baju Aisyah semasa dia berumur 4 tahun. Semua baju kurung anak-anak memang saya jahit sendiri.Selalunya saya beli kain Japanese cotton sebab kainnya lebih lembut dan selesa untuk dipakai oleh kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .