MY DEAR FOLLOWERS

Halaman

Tuesday, March 10, 2009

BAJU ANAK - ANAK


Baju gaun ini saya buat tahun sudah untuk Adlina.Anak saya ni macam tomboy sikit , dia paling suka pakai seluar jeans dengan t-shirt saja. Masa pegi shopping kat Kamdar saya beli beberapa jenis corak kain cotton dan saya buat gaun yang simple untuk dia pakai.Nasib baik dia suka dan nak pakai, sweet sangat Adlina bergaya dengan gaun ini.


Ini pun gaun yang baru saya siapkan untuk si bucuk bacin Lina . Kain pun beli di Kamdar, kalau nak beli gaun yang ready made harga mahal sangat , sebab tu la saya jahit sendiri.


Ini pula baju yang saya buat untuk Adlina pakai masa raya Aidiladha tahun sudah , baju ini selesa dan mudah untuk dia bergerak. Dengan menjahit sendiri baju anak-anak saya memang boleh berjimat , kain pun bukannya mahal sangat dan saya ada pilihan dari segi design , pattern , corak kain dan jenis kain. Saya hanya beli kain cotton atau kain viscose , kain poly yang ringan dan nipis supaya anak saya selesa nak pakai dan tak rasa panas.


Baju kurung terbaru untuk Aisyah , baju ni nak di pakai masa majlis bertunang adik ipar saya pada bulan Mei ini tengok la tu hamming untuk hujung lengan dan hujung baju belum sempat disiapkan lagi . Baju untuk Adlina tak siap lagi coming soon , jahit baju kurung adalah yang paling mudah . Nak potong kain pun senang sebab paternnya lurus saja. Dalam masa 3 jam dah boleh siap sepasang baju kurung.

1 comment:

  1. salam kak...
    cantik la baju2 akak nih...
    nak tanya.. lace kolar tu akak beli kat mana?

    dulu saya ade beli now payah nak carik..

    if akak dapat bgtau saya kat mana beli k

    tq kak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .