Bukan saya yang bercinta untuk kali kedua tapi ini kisah adik ipar lelaki saya. Kalau sesiapa yang ada baca post saya yang lama mesti ada tengok gambar set hantaran warna biru yang saya buat dulu .Kisahnya panjang sangat tapi apa yang saya boleh ceritakan disini , adik ipar saya ni baru putus tunang tahun sudah , kesian dia. Apa nak buat dah rancang nak kahwin tapi tak menjadi juga , kisah percintaan adik ipar saya ni macam cerita P.Ramlee " Antara dua Darjat". Bertunangnya tahun 2007 , putus tunangnya 2008. Bila difikirkan balik memang tak elok bertunang lama-lama sangat tapi sebenarnya dah tak ada jodoh.
Tapi nasib baik cepat dapat penganti , kira adik ipar saya ni ok la juga orangnya. Perangai pun lebih kurang macam suami saya memang cepat orang suka. Dia bertukar tempat kerja masuk jabatan kerajaan terus bertemu dengan kekasih sekarang, alhamdulillah ok nampaknya bakal tunang adik ipar saya ni. Harap berkekalan la jodoh adik ipar saya kali ini sampai dinikahkan jadi suami isteri. Saya tak kisah kena buat hantaran banyak kali sebab memang dah minat kalau buat berpuluh kali pun boleh. Malam Jumaat sudah adik ipar datang lah bersama bakal tunang dia hantar barang-barang hantaran. Selalunya masa bertunang hantarannya makanan atau manisan dan buah-buahan tapi kekasih adik saya ni nak masa bertunang terus bagi hantaran dan duit belanja sekali , tak kisah la macam mana asal dua pasangan kekasih ini bahagia.
Memang nampak kali ini adik ipar saya cukup happy senyum saja kalau boleh dia nak cepat kahwin , bertunang sebulan terus nikah tapi pihak perempuan pula nak buat bulan Ogos. Tarikh bertunangnya 2 Mei ini jadi bertunang dalam 3 bulan la. Sabar je la Latip oii kalau ada jodoh tak kemana peginya si Baizura tu hehehe. Doa saya moga kali ini adik ipar saya panjang jodoh dia dengan kekasih hati , walaupun adik ipar tapi saya dah kenal benar dengan si Latip ni dan tengok dia membesar dari dia berumur 15 tahun sampai la sekarang ni dia dah berumur 27 tahun dan adik ipar memang rapat dengan keluarga kami . So, lepas ni sepanjang bulan April memang saya sibuk la juga mengubah hantaran , nanti saya masukkan gambarnya kat blog saya ni.

Ini lah antara barang hantarannya handbag , kasut , tuala, telekung, sejadah , sepasang kain dan Al Quran. Semalam saya saja jalan-jalan di Jalan Tunku Abdul Rahman pergi ke kedai Bunga Reben , Sin Yin nak cari idea color dan konsep macam mana saya nak buat hantaran untuk adik ipar nanti. Mula tengok warna kuning lembut cantik juga tapi saya nak buat warna hijau polo gan warna gold lah. Lawa juga tapi belum pergi Nilai 3 kat sana lagi banyak kedai jual aksessori untuk hantaran ni dan memang rambang mata nak memilih nanti. Hujung minggu ni saya ke Nilai 3 la pulak rasanya terus beli bekas dan aksessori untuk hantaran di sana harga pun lebih murah dari kedai kat KL.
Set minyak wangi dan alat solek yang dipilih oleh kekasih adik ipar saya. Set rantai mutiara dari Sabah ini dibeli oleh adik ipar saya buat bakal tunang tersayang. Bekas cicin berbentuk bunga ros tu dipilih sendiri oleh Baizura , cantik senang sikit kerja saya tak payah nak cari bekas cincin yang sesuai. Idea memang dah banyak ni saya fikir macam -macam konsep juga tapi tak mau terlebih dan over sangat.Saya nak buat simple saja hantaran ini tapi mesti sweet dan cantik. Moga bila siap nanti Latip dan Baizura suka la dengan hasil gubahan kak Nannie ye.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni dan sila la tinggal komen anda ya .